10 malam terakhir Ramadan kemuncak ibadah

10 malam terakhir Ramadan kemuncak ibadah

Perbanyak beriktikaf dalam masjid mencari lailatulqadar

Ramadan adalah antara rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-Nya yang beriman. Malah, Allah menyediakan malam-malam kemuncak yang disebut al-‘Asyar al-Awahir iaitu 10 malam terakhir Ramadan.

Malam ini untuk manusia tunduk memperhambakan diri kepada Allah SWT dengan melakukan qiyam Ramadan. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka telah diampunkan baginya dosa-dosa yang lampau.” (Hadis Muttafaqun ‘Alaih)

Teladan terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya ialah dengan menjadikan 10 malam terakhir Ramadan sebagai kemuncak ibadah berbanding malam lain. Nabi SAW akan menghidupkan malam itu dengan ibadah iktikaf, solat dan berzikir kepada Allah SWT.

Saidatina ‘Aisyah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila tibanya 10 Ramadan terakhir Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengetatkan ikatan kainnya.” (Riwayat Muslim)
Ketatkan ikatan kain

Maksud mengetatkan ikatan kain pada pandangan ulama ialah meninggalkan tempat tidur dengan tidak bersama isteri-isteri Baginda. Manakala pandangan yang lain menyatakan, Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadah dan beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadan.

Hadis ini juga jelas menceritakan kelebihan 10 malam terakhir Ramadan. Nabi SAW bukan saja menghidupkan malamnya secara berseorangan, tetapi Baginda mengajak ahli keluarga untuk tidak terlepas mengecapi kemanisan ibadah pada malam itu.

Sesungguhnya 10 malam terakhir Ramadan adalah malam mulia, manakala sepuluh hari terawal Zulhijjah adalah sepuluh waktu siang termulia bagi umat Islam.

Dr Yusuf al-Qardhawi menerangkan, 10 malam terakhir Ramadan dianggap mula kerana dua sebab, Nabi SAW akan sentiasa mengharapkan kebaikan pada setiap penghujung sesuatu perkara mahupun urusan.

Nabi SAW bersabda: “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada pengakhirannya,sebaik-baik amalanku pada penghujungnya dan sebaik-baik hari apabila aku bertemu dengan-Mu.” (Riwayat al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid)

Pengajaran daripada hadis ini ialah sesuatu amalan yang kita lakukan perlulah diakhiri dengan kesempurnaan. Begitulah juga ibadah dilakukan pada malam Ramadan terutama apabila telah memasuki 10 malam terakhir.

Adalah sedikit mendukacitakan apabila seorang hamba memulakan ibadah hanya pada malam awal dan pertengahan Ramadan, tetapi meninggalkan amal ibadah kemuncak pada malam 10 terakhir.
Kemuncak ibadah waktu malam

Perlulah diketahui bahawa inilah kemuncak ibadah pada waktu malam dalam sepanjang tahun yang Allah telah sediakan kepada kita untuk merasai kelazatan beribadah kepada-Nya.

Allah SWT menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam lailatulqadar. Adakah kamu mengetahui apakah malam lailatulqadar? Malam lailatulqadar itu lebih baik berbanding seribu bulan. Turunnya malaikat dan juga Jibril padanya dengan izin Tuhan mereka dengan membawa segala urusan. Sejahteralah padanya (malam lailatulqadar) sehingga terbitnya fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 1-5)

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan pengharapan
maka diampunkan segala dosanya yang lampau.”
(Riwayat Bukhari)

Ulama termasuk salaf al-soleh berbeza pendapat dalam meletakkan malam tertentu bagi lailatulqadar. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaniy menjelaskan dalam karyanya Fath al-Bari bahawa terdapat 39 pandangan dalam memperkatakan penetapan malam lailatulqadar.

Sebahagian kecil ulama berpendapat malam lailatulqadar boleh berlaku pada mana-mana malam dalam bulan Ramadan. Namun jumhur ulama Mazhab Maliki, Syafi’i dan Hanbali berpendapat, malam lailatulqadar berlaku pada salah satu malam dalam sepuluh malam terakhir Ramadan.

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW: “Carilah ia (malam lailatulqadar) pada sepuluh terakhir Ramadan.” (Riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya malam lailatulqadar itu terdapat pada mana-mana malam pada sepuluh terakhir yang tidak jelas waktunya bagi kita. Walaupun begitu ia berada hanya pada satu malam tertentu saja yang telah ditetapkan sehinggalah ke hari Kiamat. Namun malam-malam ganjil adalah yang paling diutamakan dan yang paling hampir dalam malam-malam ganjil itu pada pandangan Imam al-Syafi’i ialah pada malam ke-21.” (Dinukilkan dalam kitab al-Majmu’)

Sebahagian besar ulama berpendapat malam lailatulqadar berlaku pada malam ke-27. Pandangan ini dinyatakan oleh Ibn Abbas dan sebahagian besar sahabat bersandarkan hadis diriwayatkan oleh Mu’awiyah bin Abi Sufya, Nabi SAW bersabda mengenai malam lailatulqadar: “Ianya pada malam ke-27 (Ramadan).” (Riwayat Abu Daud)

Namun terdapat hadis lain juga menerangkan malam lailatulqadar berlaku pada malam ganjil iaitu malam 23, 25 dan 29.

Kesimpulannya malam lailatulqadar tidaklah diketahui bilakah waktunya namun kita disuruh oleh Nabi SAW untuk mencarinya dengan melakukan ibadah pada 10 malam yang terakhir Ramadan. Hal ini bertepatan sunnah Nabi SAW yang memperbanyakkan amal ibadat pada sepuluh malam terakhir.

Aura Hot yang sangat HOT!

Aura Hot yang sangat HOT!

Wah… hari ni dah masuk 21 Ramadan kan?? lagi 8 hari kita bakal menyambut hari raya kan?? Tak sabar rasanya…hik3

Ingat tak pasal Aura Hot, minuman kesihatan yang saya bagi tahu tu….??

ala…minuman berbentuk serbuk ni…

Seperti yang korang ketahui… produk ini mempunyai beberapa khasiat.

Antara khasiatnya ialah :

  • Mencerah, anti penuaan dan mengembalikan keanjalan kulit anda
  • Anti oksida untuk mengatasi kesan radikal bebas
  • Membantu menambahkan hormone estrogen
  • Meransang tubuh menghasilkan lebih glutation lebih dari biasa dan secara semulajadi.
  • Menegangkan kembali payudara dan punggung
  • Mengembalikan kehangatan rumahtangga
  • Menaikkan kadar metabolisma dan pembakaran kalori
  • Menurunkan berat badan dengan mudah, berkesan dan terkawal
  • Mengurangkan kolesterol
  • Menambahkan tenaga, menyegarkan badan
  • Merawat masalah kemurungan
  • Diformulasikan berasaskan farmaseutikal
  • Memberi manfaat dari luar dan dalaman tubuh anda
  • Terbukti mampu mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit dalam tempoh dua hingga empat minggu pengambilan yang berterusan.

Haaa…..saya dah pun mencuba produk ini….

Disebabkan saya mengambilnya dalam bulan…adi agak berubah la sikit cara pemgambilan nya..

Selalunya selepas makan atau sebelum saya masuk tidur saya akan bancuh 1 peket serbuk aura hot ini dengan air suam….

Masa memula tu try guna air sejuk…. tapi tak leh masuk pulak tekak ni… jadi saya cuba dengan air suam panas lak. haaa…….selepas tu baru la boleh minum.

Rasa air Aura Hot ni ialah coklat + strawberi dan baunya memang sedap. Anak2 saya dari jauh dah leh bau strawberi ni… baunya sedap sampai derang bertanya apa yang saya minum…hik3

Yang pasti, lepas minum air ni jangan lupa minum air banyak tau… sekurang-kurang nya 8 gelas sehari…..

Setelah 2 minggu saya mencubanya, saya nak juga sampaikan apa yang saya dah rasai melalui pengalaman saya minum air aura hot ni.

Ialah, klau kita tak cuba… mana nak tahu kan adakah khasiatnya berkesan pada badan kita atau tidak.

Tapi apa yang dapat saya rasakan adalah saya kurang rasa mengantuk. Di mana saya merasa segar sepanjang bulan ramadan ini.

Jika tidak, tak sampai tengahari mesti ngantuk la.. dan kawan2 pasti tegur kenapa nampak letih. Tapi selepas saya mengamalkan air aura hot ni, saya semakin bertenaga dan aktif. Tak ada lagi rasa letih sepanjang hari.

Jangan kata mengantuk, perut pun sentiasa kenyang sahaja. Kalu waktu berbuka tu tak terasa nak makan banyak.. sebab perut cepat rasa kenyang….

Bila dah kurang makan… mesti la berat badan turun kan? Jadi secara tak langsung ia mambantu saya mendapatkan berat badan yang ideal. Kiranya saya dapat menurunkan berat badan dengan mudah, berkesan dan terkawal la…….

Kulit saya ni tak derla cerah sangatkan, tapi ada juga yang tegur bila tengok wajah saya semakin cerah sikit dan kulit muka nampak bersih dan licin. hehehe…. kawan-kawan saya tak tahu yang saya mengamalkan minuman aura hot ni.

Jadi pada sesiapa nak cuba produk Aura Hot Bio-Stem Cell Plus Collagen ni, bileh la hubungi :-

Pn Aisyah – 0196690054

Belum cuba belum tahu!!

**Nota: Jangkaan perubahan adalah bergantung pada setiap individu. Kadar perubahan yang dinyatakan adalah berdasarkanpengalaman penguna sendiri. Ada individu yang memperoleh kesan yang cepat serta ada yang sedikit lambat. Namun, kesan dan perubahan ADALAH POSITIF.

Sambut Aidilfitri pada 8 Ogos

Sambut Aidilfitri pada 8 Ogos

Sambut Aidilfitri pada 8 Ogos 

Jakarta: Pengerusi Lembaga Pusat Muhammadiyah Din Syamsuddin semalam berkata, pengikut kumpulan itu akan merayakan Aidilfitri pada 8 Ogos depan.

Ia berpandukan keputusan Majlis Tarjihnya.

“Muhammadiyah memutuskan Aidilfitri jatuh pada 8 Ogos,” katanya.

Menurutnya, Aidilfitri jatuh pada 8 Ogos kerana kedudukan matahari, bumi dan bulan di garisan lurus berlaku pada 7 Ogos.

“Jika ketinggian hilal melebihi 3 darjah kami pasti hilal Syawal jatuh pada 7 Ogos,” katanya.

Ini bermakna pengikut Muhammadiyah berpuasa selama 30 hari selepas memulakan 1 Ramadan 9 Julai lalu.

Mengenai perbezaan antara kerajaan dan institusi lain dalam menentukan tarikh Aidilfitri, Din meminta semua pihak memahami pendapat kumpulan itu.

Kerajaan dan kumpulan Islam terbesar, Nahdatul Ulama juga dijangka menetapkan hari raya jatuh pada 8 Ogos. Tetapi mereka berpuasa 29 hari kerana memulakannya pada 10 Julai.

– Agensi

*************************

 

Tu baru Jakarta keluarkan… Malaysia belum lagi keluarkan…tapi kalu ikut kalendar memang  Raya jatuh 8 Ogos 2013 pun…hik3

Apa-apa pun, sumer dah sedia ker nak menyambut raya?