Sukan Tahunan PASTI Siti Sarah, Seksyen 7

Sukan Tahunan PASTI Siti Sarah, Seksyen 7

Hari ni ada Sukan Tahunan PASTI Siti Sarah sekolah Iskandar. Teman la kan.. maklum la, tahun ni tahun terakhir Iskandar bersekolah disitu, lepas ni masuk darjah 1 lak…

Tapi, Zulfadhli pula akan menyambung di sana lak….

Jom kita tengok apa yang berlaku sepanjang di padang tadi..hik3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dapatla 2 pingat… untuk acara berlari ngan permainan sukaneka….

Penat lak nak tulis cerita… tengok gambar jerla yek..

Sedar tak sedar dah nak ke penghujung tahun..lagi 6 bulan jer kan… cepat dah Iskandar membesar….. selepas ni sekolah rendah pulak..

 

Jenama apa yang bagus?

Jenama apa yang bagus?

Hai la..pening pala bila nk pilih jenama mesin basuh yang bagus…

Samsung, Toshiba, LG, Panasonic, Haier dan bermacam2 jenama la….

image

Pergi la juga survey dalam beberapa kedai….nak mencari mesin basuh yang bagus.

Berat pun kene ambik kira gak…emm… nak yang berapa kg lak yek? Sebelum ni pakai 6.5kg… ni anak dah ramai..pastu banyak baju nak basuh..kene la cari yang bersesuaian kan?

10kg? 12kg? 15kg? …..

Ohw ya. ..berapa kg yg muat untuk sehelai toto yek? Yang penting lepas sehelai toto pun ok gak…jimat duit g hantar dobi dah pasni..hik3

Drama Teduhan Kasih Episode 26

Drama Teduhan Kasih Episode 26

eeeee…sakit pula hati semalam tengok Teduhan Kasih tu…..

Ishkkkkk…. boleh pula si Jenny tu tolong Ayu g perangkap boss sendiri si Ehsan tu……. gerammm lak..

Tak pepasal kene tangkap khalwat….. pastu tetiba bersambung…. kene la tengok minggu depan lak….huhuhu

Sapa lom tengok episod 26, nah sini saya bagi link kalu nak tengok!!

Muak belajar

Muak belajar

 http://1.bp.blogspot.com/_mHsUEHmujJA/TNoA6uqaHSI/AAAAAAAAAKc/jvk2oU8cAoI/s1600/penat+belajar.jpg

Sejak tadika hingga melangkah ke tingkatan lima, kita disogok de­ngan lambakan buku ilmiah. Impiannya hanya satu, untuk membentuk individu berjaya dengan memegang status kerja yang bagus. Tapi pernahkah anda terfikir setiap individu mempunyai minatnya tersendiri selain daripada menghadap buku hingga suku umur hidupnya? Yang jelas, sifat ini dimonopoli golongan lelaki.

Mungkin si gadis lebih beradab. Tidak menolak sekiranya ibu bapa ingin menempatkannya di IPT tanah air. Namun sebaliknya bagi lelaki, mereka lebih tegas dan berprinsip dalam menentukan hala tuju hidup. Disebab­kan itu, kita boleh lihat kurangnya golongan lelaki di pusat pengajian seluruh negara.
Statistik

Keseluruhan laporan banci dan perumahan Malaysia pada 2010 menyatakan bilangan penduduk negara ini adalah seramai 28.3 juta dengan pecahan 14.56 juta bagi lelaki dan 13.77 juta wanita.

Tidak dinafikan kewujudan lelaki lebih ramai berbanding wanita, namun keadaan berbeza jika dilihat di IPT apabila seolah-olah bilangan lelaki terlalu sedikit.

Fenomena penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti tidak pernah selesai untuk dibincangkan. Statistik kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Persoalannya, kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?

http://3.bp.blogspot.com/-UQea4yzsq1Y/UYW-CALqqoI/AAAAAAAAAK0/u5hNYyODdjE/s1600/book+i+think.jpg

Buku membosankan

Ada menyoal, benarkah sistem pendidikan negara tidak cukup menarik untuk memupuk minat lelaki dalam pelajaran atau adakah ia hanya sekadar alasan kepada sikap malas pelajar lelaki?

Berdasarkan perbincangan ringkas, kedua-dua faktor itu logik dan ada betulnya tetapi ia lebih terarah kepada rasa bosan golo­ngan lelaki untuk melanjutkan pengajian.

Dalam erti kata lain, mereka sudah muak melihat susunan buku di atas meja. Buku harus digantikan dengan peralatan seperti gajet atau elektronik yang seiring dengan era teknologi kini.

Ramai berpendapat, teknik pengajaran lisan dan sistem pendidikan dengan berpuluh-puluh jenis peperiksaan membantutkan minat lelaki dalam akademik kerana difahamkan, apabila meningkat dewasa mereka lebih meminati pendidikan berteraskan kemahiran.

Oleh itu, jika direnungkan kembali, memang benar peratus pembabitan lelaki di IPT tidak setanding wanita tetapi kebanyakannya memilih kemahiran seperti di institut kemahiran dan sebagainya.

http://2.bp.blogspot.com/-RuoNkb3GXBY/Tu4QfL4yIOI/AAAAAAAACWo/t4VeRiHkNSI/s1600/kerja-untuk-gaji.jpg

Duit dan kerja,

Secara logiknya, apa juga keinginan meletakkan wang sebagai perkara utama untuk direalisasikan. Jadi tidak hairanlah apabila tamat persekolahan, lelaki lebih cenderung untuk mendapatkan kerja. Apabila memperoleh sejumlah wang, segala kemahuan dapat ditunaikan termasuk apa yang diidamkan selama ini.

Perlakuan ini disokong dengan pendapat ‘tidak semestinya belajar setinggi gunung, mampu peroleh pekerjaan terbaik’ sedangkan beribu-ribu lambakan graduan IPT masih menganggur dan menanti untuk mendapat tempat di alam pekerjaan.

Yakin terhadap keupayaan diri untuk berjaya mendorong remaja lelaki melakukan apa yang difikirkan tepat untuk masa depan. Jika dia memilih untuk berniaga, usaha keras diteruskan tanpa perlu segulung ijazah untuk meraih kejayaan.

http://1.bp.blogspot.com/-g4AzqD1jKOU/TovPRZ537pI/AAAAAAAAD-g/4r3JBj-gtnM/s1600/needvswant11.jpg

Tahu kemahuan

Berbeza dengan lelaki, perempuan lebih mengutamakan pelajaran kerana saingan di alam pekerjaan lebih tinggi dan tidak keterlaluan juga dikatakan wanita tidak berilmu mudah terjebak dalam kancah penipuan. Disebabkan itu, kesedaran pentingnya ilmu memungkinkan perempuan memilih untuk sambung belajar demi menjamin kehidupan yang tidak menentu pada masa depan. Dalam hal ini, pelajaran dilihat sebagai aset wajib perlu ada bagi si gadis.

Jejaka juga sedar akan kepentingan ilmu untuk menjamin masa depan lebih baik. Namun cara pemikiran berbeza menjadikan mereka berfikir lebih kritis dan siap sedia dalam segala kemungkinan. Keputusan untuk tidak menghadap buku dan digantikan dengan peralatan elektronik atau cara kerja kemahiran menjadi pemangkin untuk lelaki berjaya dalam memburu kerjaya diimpikan.

http://4.bp.blogspot.com/_0jc1PNCOtUA/SSGlNtn6OBI/AAAAAAAAACk/bxj8Si03jic/s1600/36108499.jpg

Lelaki berjaya tanpa segulung ijazah

Henry Ford:

Pengasas Syarikat Ford Motor

Steve Jobs:

Pengasas syarikat telekomunikasi, Apple

Bill Gates:

Pengasas Microsoft

Walt Disney:

Pengasas Disneyland

Tan Sri Sheikh Mokhtar Al-Bukhary:

Pengasas Yayasan Al-Bukhary

Sumber : Harian Metro Online

Bila mesin basuh sudah pandai merajuk……..

Bila mesin basuh sudah pandai merajuk……..

Setiap hari gunakan dia, baju anak, baju suami, baju kerja….

Dari anak pertama hingga la kini anak dah 4 orang… mesin basuh ini la sangat berjasa ngan saya……….

Dibeli pada tahun 2004, selepas masuk rumah baru. Maklumla, baru kawen kan… kene la beli mesin basuh.. benda asa tu….

Beli kat Pandan Jaya jer, seban situ sangat murah berbanding kedai lain…

Kini tahun 2014, hampir 10 tahun menggunakan mesin basuh ni….

Mesin basuh berpenutup atas, brand LG, boleh menampung pakaian sebanyak 6.5kg sahaja….. Fully automatik…

Masa rumah lama, saya rajin pindah randahkan mesin basuh ni sensorang…letak kat dalam bilik air la, pastu letak tepi pintu  la, pastu senget
sana la.. senget sini la..

Marah my IR sebab angkat dan alihkan mesin basuh ni sensorang… habis tu, dah nak cepat kemas kene la wat sensorang kan?

Kini mesin basuh saya dah mula merajuk……… memula dia keluarkan kotor2 di baju. Habis baju saya kene daki2 yang berkumpul. Lagipun sejak pakai mesin basuh ni x pernah pun service. Perlu ker service mesin basuh ni? hehehe

Pastu kini, dia dah kuat merajuk tau! Dia x nak sedut air dari paip pulak???grrrrrrrrrrrrr…………… sedut sikit pastu berhenti, tak pasal2 saya kene angkat air dari baldi masukkan manual…..

Rasanya saya perlu tukar mesin basuh ni…. sebab dah lama berjasa dan mula buat hal.. dari sakit2 sikit2 saya takut lepas ni dia terus ICU jer.. tak pepasal nak menyental baju guna tangan…………waaaaaaaaaaang

Bukan setakat sebaldi 2 jer baju, ni 2 bakul ok baju nak kene basuh…

Eemmm…… nak tanya, mesin basuh jenama apa yang bagus? Saya kalu boleh nak ambik yang paling besar… mungkin 12 kg kot.. senang nak basuh TOTO terus…

Ada cadangan??