Bayaran pengurusan jenazah

Bayaran pengurusan jenazah

Erkk….tetiba pula masuk bab jenazah…hehehee

Saja nak share… sebab terjumpa kat FB kengkawan share bayaran ni… jadi apa salahnya kita berkongsi kan sama…mana tak tahu boleh jadi tahu…hehehe

Tapi harga di atas tu untuk sekitar Qariah Alor Setar… tak semua tempat sama harga nya.. mungkin berbeza-beza

Maklumla… setiap Qariah nya mungkin pendalaman, luar bandar, jadi banyak faktor di ambil kira…

Ingat tak dulu awal tahun 2015, heboh pasal 1 resit pengurusan jenazah tersebar luas di mana harga nya mencecah hampir RM5 ribu ringgit…

Dah di viralkan di media sosial… kemudian Setiausaha Masjid Qariah tersebut tampil menjelaskan perkara tersebut

Sebenarnya bayaran untuk dua perkara iaitu menguruskan pengebumian jenazah dan upah bagi pelajar pondok berhampiran untuk membaca al-Quran.
– Setiausaha masjid berkenaan, Ishak Abu Hassan

Ishk… macam-macam pula kan…. ikut keluarga waris la kan.. nak wat macam mana… kita mana leh pertikaikan kan…?

Rupa2 nya untuk kakitangan awam juga terdapat bantuan mengurus jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah bagi  pegawai  yang  meninggal  dunia  semasa  dalam  perkhidmatan, sama  ada  di  dalam  atau  di  luar  tugas  rasmi  adalah  layak  diberi.

Seperti termaktub di dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 6.4/2013 kadar bantuan kepada waris pegawai adalah seperti berikut:

  • bayaran Bantuan Mengurus Jenazah sebanyak RM3,000; dan
  • bayaran  pengangkutan  jenazah  mengikut  kadar  perbelanjaan sebenar yang munasabah dan disokong dengan resit

Ohw… baru tahu… hehehe…

Jadi kepada waris2 yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam, boleh la membuat tuntutan mengikut perkeliling yang di nyatakan… nak tahu apa dia, leh la baca dengan lebih lanjut….

Ok… 1 bab dah tahu.. hahaha.. ialah.. saya dan myIR kan kakitangan awam.. jadi kene la ambik tahu sikit kan… dan harap2 sesiapa yang tahu boleh la bagi tahu kan.. ialah.. dalam sedih2 mana nak fikir benda2 macam ni.. sebab dah sedih tak dapat fikir…huhuhu

Semoga kita di panjangkan umur, dimurahkan rezeki serta di berikan kesihatan yang lebih baik lagi .. maklum la usia meningkat bukan menurun kan…

8 thoughts on “Bayaran pengurusan jenazah

  1. Nak tanya juga kalu anak pegawai kerajaan.. tapi ayah meningal.. ayah bukan kakitangan awam… Layak kh dpat apa2 elaun?

    1. Layah jika PEGAWAI itu adalah BUJANG belum berkahwin

      —> bagi pegawai bujang adalah ibu atau bapa pegawai.

      Jika sudha berkahwin… tidak LAYAK

  2. salam kak sumi…

    betul tu… mmg lain2 tempat, lain kadar bayarannya… brgantung pd khairta kematian kwsn masing2…

    mcm ayah saya baru2 ni… dia dah bayar rm1k… depa balikkan rm100… maksudnya rm900 shj overall….

  3. Hmmm…
    Ingatkan waktu hidup je nak kena cari duit.
    Waktu mati pun kena cari duit jugak…banyak plak tu.
    Harap2 pengakhiran kita semua lancar dan tidak menyusahkan orang lain.

    Salam singgah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s