Minyak oh minyak!

Minyak oh minyak!

Semalam ramai yang berwhatsapp dan juga update status kat wall FB mengatakan kenaikan minyak RON95 dan Diesel sebanyak RM0.20 seliter……

Bermula sekitar pukul 3 petang gak la khabar angin tu berlalu..hik3

Pas tu keluar pula kenyataan menerusi surat kahabar dan juga twitter mengatakan ia adalah khabar angin semata-mata. Dalam sekitar pukul 5 ptg la keluar dalam kebanyakkan surat kahabar…

Sumber : Kosmo

Tapi tak sampai pun dalam 2 jam.. keluar pula kenyataan mengatakan BETUL Harga RON95, diesel naik 20sen…

 

Lepas jer kuar berita pasal kenaikan harga minyak dan diesel………. penuh wall kat FB dengan pelbagai gambar….hik3

https://i0.wp.com/1-ps.googleusercontent.com/x/www.bharian.com.my/w1.bharian.com.my/bharian/articles/PenjelasanPM/pix_gal0.pagespeed.ce.2jmj7l5rSw.jpg

Ha.. rasa2nya korang mungkin nak tukar ke alternatif lain. apa kata tukar ke NGV (Natural Gas Vehicle)

Satu tong gas NGV jika diisi penuh, kosnya hanyalah sekitar RM9-RM10 dan kenderaan kita boleh? bergerak sejauh 180km – 200km sebelum kehabisan gas. Bayangkan berapa banyak penjimatan yang boleh kita lakukan selama sebulan/setahun.

Ha…cuba bayangkan berapa banyak korang leh jimat kalu pakai NGV?? Harga gas NGV adalah 3 kali lebih rendah berbanding dengan harga minyak petrol.

Harga seliter petrol (RON95) ialah RM2.30 manakala harga gas NGV ialah sekitar RM0.68.

Contoh pengiraan (ini adalah anggaran sahaja) :

Untuk Naza Citra :
isian petrol RM 30 x 30 hari=RM 900
Isian gav ngv RM 8.70 x 30 hari= RM 261
Penjimatan sebanyak = RM 639.00

Untuk Honda City :
Isian petrol RM 55 x 10 hari= RM 550
Isian gas ngv RM 8.70 x 10 hari = RM 87
Penjimatan sebanyak = RM 463

 

Realitinya,menggunakan NGV jauh lebih selamat kerana gas itu lebih ringan daripada udara. Sebarang KEBOCORAN AKAN HANYA MENYEBABKAN GAS ITU TERSEBAR PANTAS TANPA SEMPAT DISAMBAR API.

” TANGKI SILINDER MENEMPATKAN GAS DICIPTA DENGAN PELBAGAI CIRI KESELAMATAN TERBAIK TERMASUK KALIS PELURU, HENTAKAN, API DAN LETUPAN.
JIKA BERLAKU KEMALANGAN SEHINGGA MERANAPKAN SELURUH KENDERAAN SEKALIPUN, TANGKI ITU AKAN TETAP BERKEADAAN SEPERTI ASAL” katanya.
(Petikan Berita Harian . 16 JUN 2008)

 

ngv

Anggaran pemasangan NGV (ini adalah anggaran, harga mungkin berubah mengikut kedai yang memasang dan pasaran)

JENIS KENDERAAN / HARGA TUNAI (Harga sekitar TAHUN 2008)

  • Perodua Kancil (40L) / RM2,600.00
  • Perodua Kelisa (40L) / RM3,300.00
  • Proton Iswara (55L) / RM2,800.00
  • Proton Wira (55L) / RM3,700.00
  • Proton Waja (65L) / RM4,300.00
  • Proton Perdana (V6) (70L) / RM4,800.00
  • Van Kilang/Sekolah (78L) / RM3,800.00
  • Naza Ria (78L) / RM4,400.00
  • Toyota Unser (78L) / RM3,900.00

* Harga di atas termasuk kos pemeriksaan PUSPAKOM dan JPJ..

Tapi ada gak tak bestnya kalu pakai NGV ni, antaranya :

  • Kereta akan menjadi berat, terutama bila naik bukit dan melibatkan penumpang ramai.
  • Barang di bonet tak leh letak bebanyak. kerana tong gas sahaja dah makan separuh muatan.

Sekarang pun dah banyak Stesen Pertonas yang menyediakan NGV, siapa stesen KHAS lagi… dan banyak gak tempat lain yang dh bina Stesen NGV gak… kiranya NGV sekarang dah tumbuh bagai cendawan la..hehehe

Jadi, apa pula pandangan korang? Ada ker yang dah pakai NGV? dan mungkin selepas nie nak pakai pula??

Nota kaki : Jom kita berbasikal g tempat kerja nak? lagi jimat..

6 thoughts on “Minyak oh minyak!

  1. myvi kalau pasang NGV habislah bonet.. hehehe.. boleh je bertukar kepada NGV.. cuma tempat nak isi NGV ni pun kena banyaklah.. kalau sikit memang susah juga..

    Tak nak pakai NGV kena tukar kereta Hybrix pulak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s