Kisah J E R E B U

Kisah J E R E B U

Entah la kenapa… sebenarnya banyak cerita saya nak tulis tau… kisah pergi ke Melaka bersama pejabat… kisah ke sunway lagoon bersama anak-anak, kisah makan sana sini.. kisah beli itu ini… tapi entah la…

Sejak J E R E B U ni.. banyak kisah tertangguh… hahaha seperti kisah jerebu gak la….

Cuba bayangkan … sepatutnya minggu ini anak-anak selesai menghadapi peperiksaan di Sekolah Rendah.. dan minggu depan akan menghadapi peperiksaan Sekolah Agama sahaja… tapi di sebabkan JEREBU la.. peperiksaan tertangguh… di bawa pula ke minggu depan.. maka minggu depan anak-anak akan menghadapi peperiksaan dari pagi sampai la petang………

Itu pasal peperiksaan pula.. ini sebab perancangan juga.. sepatutnya minggu depan myIR akan menghadiri Konvokesyen di UUM, Sintok.. tapi sekarang ni.. minggu depan peperiksaan akhir tahun sekolah anak-anak pula…. dah la 3 hari perginya agak lama kan… Maka dengna itu si ibu susah hati sama ada nak pergi menemankan ayahnya atau tak untuk memberi laluan anak-anak menjawab peperiksaan….

Bila minggu ni tertangguh ke minggu depan.. banyak benda-benda lain bersangkut paut.. mujur pergi ke Kedah naik kereta… kalau buatnya booking tiket kapal terbang kan.. haaaaaaa…. pastu minggu depan tetiba JEREBU balik menyerang… kapal terbang tak leh lak meneruskan penerbangan.. jadi makin bertambah2 la kerugian dari segi masa dan kewangan… bertambah pula kos lagi kan…

Entahla… dengan cuaca yang teruk di luar.. secara tak langsung penyakit pun datang menyerang…. saya baru sahaja bercuti skait gara-gara selsema teruk dan batuk sekali… air bergellen-gellen minum dah.. tapi kalau cuaca tak elok pun susah juga nak sembuh kan…

Harap-harap adalah penyelesaian untuk menangani JEREBU yang kian melanda ke Malaysia ni… kalau di ikutkan .. dah macam pesta JEREBU lak setiap tahun kali gini gayannya……..

Sekian cerita kali ini tanpa gambar………..

Advertisements
Jadual Baru Peperiksaan UPKK 2015

Jadual Baru Peperiksaan UPKK 2015

Disebabkan JEREBU yang melanda minggu ni.. maka beberapa subjek UPKK terpaksa ditunda…

Akhirnya.. hari ni pelajar Tahun 5 KAFA menduduki Peperiksaan UPKK seperti yang di tetapkan…

Di sertakan sekali surat dari JKM mengenai Peperiksaan UPKK

 

Hari ni Danial akan menjawab pepriksaan nya pada belah petang… semoga Danial berjaya menjawab nya.

Tapi minggu depan adalah hari yang mencabar untuk Danial, sebab sekolah rendah pun ada peperiksaan… ini bermakna dari pagi hingga petang dia akan menjawab peperiksaan sahaja…

Harap2 dia dapat menjawab dengan jayanya…. doa2 kan yek…

Selamat menjawab peperiksaan kepada anak-anak yang mengambil UPKK 2015!

Sekolah dicutikan gara-gara J E R E B U !

Sekolah dicutikan gara-gara J E R E B U !

Sabtu dan Ahad lepas, IPU memang tak sehat sungguh la.. kelabu jer permandangan

Paling teruk hari Ahad… jam 6 pagi 220, tak sampai 3 jam terus naik ke 238

Maka, semalam KPM terus umumkan cuti sekolah gara2 jerebu. Pelajar sekolah di cutikan selama 2 hari iaitu 05.10.2015 – 06.102.2015.

Semua sekolah di seluruh negara kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Labuan diarah tutup dua hari bermula esok ekoran situasi semasa jerebu yang semakin buruk. 

Menyentuh tentang peperiksaan awam, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula minggu depan, kata Mahdzir, kementerian tidak berhasrat menangguhkannya.

Sekiranya jerebu sampai ke tahap yang perlu diisytiharkan darurat oleh kerajaan, pada waktu itu barulah peperiksaan berkenaan akan ditangguhkan.

Jelas beliau, sebagai langkah persediaan kementerian akan melaksanakan Ops Topeng dengan Jabatan Pendidikan negeri dan sekolah akan mengambil langkah membekalkan penutup hidung dan mulut kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di sekolah masing-masing.

Peperiksaan PT3 dijadual berlangsung pada 12 hingga 15 Oktober ini, SPM (2 November hingga 8 Disember), STAM (17 hingga 24 November) dan SPTM (November).
– Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Itu sekolah kerajaan…manakala bagi pelajar sekolah agama pula mengalami kesulitan berikutan sekolah di tutup pula.

Sepatutnya hari ini ada Ujian Penilaian Kelas Kafa bagi Tahun 5… dan terpaksa di tangguhkan pula…

PENANGGUHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) DAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (UPSRA)

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) berikutan masalah jerebu yang melanda di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kadar bacaan yang tidak sihat (IPU 101-200) serta tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan penutupan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri di Malaysia pada Isnin dan Selasa bertarikh 5-6 Oktober 2015.
  2.  Sehubungan itu, pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim seluruh Malaysia bagi subjek  Ulum Syariah (UPKK 02/01) yang dijadualkan pada hari Isnin 5 Oktober 2015 pada jam 2.30 petang dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta subjek Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) yang dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 adalah ditangguhkan. Walaubagaimana pun pelaksanaan peperiksaan pada hari hari Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual.
  3. Penangguhan ini melibatkan semua pusat  peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baru bagi pelaksanaan peperiksaan bagi 3 subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan laporan IPU semasa.
  4. Dipohon kerjasama kepada semua Agensi Bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA mengambil tindakan SEGERA memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan ini kepada semua pihak yang terlibat.
  5. Pihak Jakim juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5-6 Oktober 2015) selaras dgn arahan KPM supaya semua sekolah ditutup Isnin dan Selasa.
  6. Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan Jawi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan  akan ditunda kepada hari Isnin dan Selasa depan (12-13 Oktober 2015). Bagi jadual hari Rabu dan  Khamis  berjalan seperti yang dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada KPM.

Sekian
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
4 Oktober 2015

*****************************************
**********************

Agak-agak bila la akan hilang jerebu ni yek?

Sebab segala perancangan terganggu.. jika begini la keadaan nya.. sekolah ditutup, pelajaran tertangguh, peperiksaan di tangguh.. bagaimana kalau mereka yang dah merancang perkara lain… mesti akan berubah juga perancangan nya kan?

Banyak faktor perlu di ambil kira akibat jerebu ni……

emmmmmmmmmmm……………………….

Majlis Resepsi Perkahwinan Hafiz & Farah

Majlis Resepsi Perkahwinan Hafiz & Farah

Sabtu lepas kawan opis kawen…heheheheh

Tapi buat kat Kluang Johor la.. maka pergila saya bersama rakan opis jer.. sebab myIR ada hal maka, bawa 2 orang anak jer.. lagi 2 tinggal ngan ayahnya…hehehe

Ohya.. pada hari sabtu tu juga kawan blogger Hazman pun bersanding gak.. emmm.. x dapat g jumpa Hazman.. sebab sampai umah dah malam.. sangat penat sungguh..hehehe

Jom tengok gambar pengantin ……

Sampai jer apa lagi.. ambik gambar kat photobooth derang…

Comel dan manarik ok…hahaha.. tengokla.. apa la si Iskandar nak buat ngan motor tu..hahaha. Nak naik la tuew…

Ok.. pengantin pun sampai…

Huzaiman sambut pengantin…hahahaha.. sibuk tul ke hulur hilir…

Meja beradap…..

Panjang dan cantikkkkk kan?

Meja dessert tuk tetamu meja beradab….

Kami duduk di meja beradab ok… esklusif kan?

Kek pengantin,… 3 tingkat ko…

Menu makanan…

Nasi nya sangat lembut dan seddddaaaaaaappppp… bertambah-tambah la makan..

Ada gerai air batu campur…

Memang elok sangatla kan.. haus dan panas.. sesuai la makan kan…

Ada gerai goreng-goreng…

Hei.. bukan la Johor kalau tak ada pisang goreng di cicah ngan sambal kicap kan?? hehehehe

Ok.. dah la tu.. kesian pengantin nya gambar tak nampak lak.. jom tengok gambar pengantin sat..hehehe

 
 

Cantik kan pengantin………

Tempat singah sana pun cantik.. bunga tu kiri kanan bunga hidup tau… memang segar bugar…

Selamat pengantin baru Hafiz dan Farah..

Semoga kekal ke akhir hayat… dan selamat menempuh alam baru ok!

Jom raikan sambutan bulan Play-Doh!

Jom raikan sambutan bulan Play-Doh!

Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.

Kanak-kanak suka menghasilkan sesuatu yang menarik jika di berikan pendedahan lebih awal seusia 2 tahun…..

Jadi saya ajak Zulfadhli dan Huzaiman untuk mencipta sesuatu dari Doh dengan melambangkan kita sebagai rakyat Malaysia…

Terdapat pelbagai warna untuk menghasilkan kerya mereka

Di sebabkan mereka masih kanak-kanak, saya ajarkan mereka yang mudah dan senang sahaja…

Kalau setakat mencantum dan meletakkan doh tu, Zulfadhli sudah boleh lakukan sendiri..

cuma Huzaiman saya perlu bimbing untuk menghasilkan sesuatu….

Akhirnya…. siap sudah hasil kreativiti Zulfadhli dan Huzaiman iaitu Bunga Raya, Muka Harimau dan juga kuih karipap.

Boleh la hasilnya dari kanak-kanak bawah 6 tahun kan?

Ohya… untuk semua, sebenarnya bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Korang boleh mencipta sesuatu yang baru atau buat kembali apa yang sedia ada untuk turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu).

Untuk mereka yang berjaya mencipta ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik! dan ukiran tersebut akan dipamerkan untuk tontotnan semua rakyat Malaysia.

Jadi ayuh semua untuk hadir di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama pada 26.09.2015 hari Sabtu ini untuk mencipta rekod Malaysia!