Pakaian Tradisional masih kekal untuk di pakai tak kira masa

Pakaian Tradisional masih kekal untuk di pakai tak kira masa

Baju kurung merupakan pakaian tradisi turun temurun masyarakat Melayu. Ciri-ciri tradisinya yang menutup aurat dan fungsi reka ciptanya yang sesuai dengan iklim panas lembab Malaysia, serta potongan yang sesuai dengan semua susuk badan empunya diri, maka tidak hairan lah mengapa baju kurung dan baju Melayu dominan dan kekal sehingga kini.

Selama ini kita sering kali mengaitkan pemakaian pakaian tradisional wanita dengan majlis-majlis formal dan keagamaan sahaja. Sememangnya, jenis pakaian tradisional yang sering menjadi pilihan kaum wanita adalah baju kurung pesak. Ia juga merupakan pakaian kebangsaan wanita di Malaysia yang dipakai ke majlis-majlis rasmi serta dijadikan pakaian ke sekolah.

Namun, dengan perkembangan fesyen yang semakin berkembang pesat, kita dapat lihat kini terdapat pelbagai rekaan pakaian tradisional yang telah ditambah dengan sentuhan moden. Bermula dengan rekaan baju kurung pesak yang asal, kini terdapat aneka rekaan baju moden yang benar-benar mengikuti trend terkini. Oleh itu, pakaian-pakaian tradisional ini bukan sahaja boleh dipakai ketika menghadiri majlis-majlis tertentu, malah boleh anda gayakan ke apa jua acara.

Sebagai contoh;

Untuk midi kurung seperti berikut, ia sesuai untuk anda gayakan ke pejabat mahupun ketika ingin menghadiri resepsi perkahwinan. Rekaan kurung yang seakan-akan blouse ini dipadankan dengan kain yang mempunyai potongan ala mermaid.

Untuk rekaan baju kurung moden yang seperti ini pula boleh anda gayakan apabila ingin menghadiri majlis-majlis yang berprestij. Atau mungkin anda boleh gayakan ketika majlis makan malam tahunan syarikat anda.

Untuk pakaian tradisional seperti jubah pula, tampil sopan dan bergaya dengan koleksi kubah moden yang kini boleh anda dapati dalam pelbagai pilihan rekaan. Dengan rekaan yang moden dan trendi ini, membuatkan ia sesuai untuk digayakan ke pejabat, keluar bersiar-siar, atau pun ke mana sahaja!

Sekarang ni zaman pun sudah semakin maju, teknologi pun semakin hebat.. semua dihujung jari sahaja. Apa susah.. lagi pun Aidiladha hampir tiba….. apa kata beli secara online, pilih, bayar dan barang sampai depan pintu dapat menjimat masa dan kos…

Selamat membeli belah semua!!

3 thoughts on “Pakaian Tradisional masih kekal untuk di pakai tak kira masa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s