[RESEPI] Nasi Tomato

[RESEPI] Nasi Tomato

Boleh tak nak up entry citer entah tahun bila….hahahah

Rupa2 nya terperap lama kat DRAFT hahahaha…. tak ingat la thaun berapa.. tapi yang nyata.. di sebabkan x der entry baru.. mehler kita selongkar yang lelama punya…hahahaha

Citer nak masak nasi tomato jer punnnnn… bukan hebat sangat pun..wakakaka

Jadi siap la google macam mana nak masak….. tengok bahan ada ker tidak……….. sebaik semua cukup….. jadi apa lagi, berperang la kat dapur jap…..hik3

Bahan-Bahannya:-

  • 5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan (**saya guna beras biasa aja..hik3)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato, cincang halus
  • 1/2 cawan sos tomato (**saya tambah dengan tomato puri sikit)
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 helai dun pandan, disimpul
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 1 inci halia, dihiris halus
  • 3 biji buah pelaga*
  • 3 kuntum bunga cengkih*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 1 batang kayu manis*( yg * tu di tumis)

Air, ikut sukatan beras
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:- ( *ikutla kalu nak hias)

  • Kacang pis
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng

 

Cara membuatnya:-

  • Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  • Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
  • Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
  • Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan….

Sebenarnya nak masak nasi tomato ni yang penting adalah nasi dan ayam masak merah la……… yang lain semua tu sampingan…

Saya bab nak masak nasi yang kene guna santan ker, sus cair ker…memang fail la sikit…… mesti terlebih atau terkurang air la……..

Tapi jadi juga la……. dan anak-anak suka makan……….

ok…….siap sudah entry yang tertunggak… wakakaka

3 thoughts on “[RESEPI] Nasi Tomato

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s