[RESEPI] Donut lembut

[RESEPI] Donut lembut

wah…wah… agak lama tak berupdate ghupanya blog saya…hahahaha

entah la.. sejak dua menjak ni pemalas betul.. dah la bulan June ni kene renew hosting..keh2… mana leh malas-malas.. nanti tak dapat income…

Ok..sejak akhir-akhir ni ….rajin pula saya mendonutkan diri ni…Main tepung.. main uli-uli pastu main cetak-cetak..kendian goreng-goreng.. dan celup-celup…hahaha..

Tanpa membuang masa…………. meh tengok resepi mudah … cepat dan yang penting LEMBUTTTTTTTTTTTTTTT………auwwwww

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum. Ayak dulu bagi tepung ringan.
  • 1/2 sk garam
  • 1 peket yis
  • 1 cawan air paip
  • 3 sb susu pekat
  • 4 sb gula
  • 3 sb mentega cair
  • 1 biji telur

 

Cara-caranya

  1. Campurkan susu pekat + gula + air ..kacau kasi larut… pastu baru letak YIS dan biarkan dia berbuih..
  2. Campurkan mentega + telur… kacau sebati
  3. Tepung tadi dah ayak… campurkan mentega + telur tadi.. gaul… kemudian baru masukkan air YIS tadi.. dan gaul sampai semua sebati la
  4. Uli kasi semua mesra alam gitu
  5. biarkan doh selama 30 – 40 minit atau sehingga kembang…. kemudian tumbuk2 kasi kuar angin
  6. kemudian boleh la bentuk-bentukka ikut bentuk sukahati… hehehe
  7. dah bentuk.. rehatkan 10 minit kasi doh tu kembang baru goreng tau…

haaaaaaa…………senang tak??

nak buat donut ni bukan 1 kali cuba tau….kena cuba banyak kali baru la dapat merasai macam mana nak bermain tepung tu dan dapat feel dia yek…hehehe

Selamat mendonat yek semua!

2 thoughts on “[RESEPI] Donut lembut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s