Anugerah Pelancongan Malaysia ke-19

Anugerah Pelancongan Malaysia ke-19

ANUGERAH PELANCONGAN MALAYSIA

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1987 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, dan dikenali sebagai “Anugerah Emas Pelancongan Malaysia” tetapi dijenama semula sebagai “Anugerah Pelancongan Malaysia” pada 1993 bagi menggambarkan keunggulan anugerah tersebut dan juga imej korporat Tourism Malaysia.

Anugerah berprestij ini merupakan satu penghormatan kepada mereka yang cemerlang dan sentiasa memberi sokongan padu terhadap pembangunan pelancongan di Malaysia. Ia juga bertindak sebagai insentif bagi para peserta untuk berusaha dengan lebih keras lagi bagi mencapai tahap profesional dan kualiti yang tertinggi dalam pembangunan produk dan perkhidmatan.

Anugerah Pelancongan Malaysia adalah pengiktirafan tertinggi kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada pembangunan dan kejayaan industri pelancongan di Malaysia. Ia telah berkembang daripada program penghargaan yang hanya tertumpu kepada skop pelancong dan perjalanan sahaja kepada keseluruhan industri perkhidmatan yang turut menghargai kepentingan pengunjung tempatan. Ia juga mengiktiraf para penggiat industri yang mampu menghasilkan idea di luar batasan bagi membangunkan produk dan perkhidmatan yang unik sekaligus menghasilkan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan di Malaysia.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan sukacitanya telah membuka pencalonan untuk Anugerah Pelancongan Malaysia 2014/2015.

Anugerah Pelancongan Malaysia (APM) yang berprestij ini memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para penggiat industri pelancongan tempatan dan antarabangsa atas sumbangan dan pencapaian cemerlang mereka dalam pembangunan produk-produk dan perkhidmatan yang inovatif. APM kali ini adalah edisi yang ke-19 dan dianjurkan setiap dua tahun sekali.

Ahli fraterniti pelancongan Malaysia adalah dijemput untuk menghantar pencalonan bagi 14 kategori anugerah seperti yang tersenarai di bawah:

  •  Pengusaha Pelancongan Tempatan Terbaik
  •  Pengusaha Pelancongan Antarabangsa Terbaik
  •  Artikel Pelancongan Terbaik
  •  Penerbitan Pelancongan Terbaik
  •  Perkhidmatan Hotel Terbaik
  •  Tarikan Pelancongan Terbaik
  •  Pakej Pelancongan Terbaik
  •  Pemandu Pelancong Terbaik
  •  Pusat Beli-Belah Berinovasi
  •  Inap Desa Terbaik
  •  Spa Terbaik
  •  Restoran Berinovasi
  •  Dokumentari Pelancongan Terbaik Mengenai Malaysia
  •  Promosi Online Terbaik Mengenai Malaysia

Anugerah Pelancongan Malaysia 2014/2015 telah memperkenalkan beberapa perubahan bagi memberi gambaran yang lebih baik terhadap lanskap industri pelancongan global yang terkini. Ia kini mempunyai 14 kategori dan 50 subkategori untuk dipertandingkan.

Dua kategori baru yang telah diperkenalkan ialah:

a. Dokumentari Pelancongan Terbaik Mengenai Malaysia

– Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada penerbitan dokumentari pelancongan mengenai Malaysia yang ditayangkan dalam pelbagai medium elektronik dan dalam talian (online).

b. Promosi Online Terbaik Mengenai Malaysia

– Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada pengusaha yang mempromosikan pelancongan Malaysia secara dalam talian.

Selain itu, kategori Pengusaha Pelancongan Antarabangsa Terbaik telah diperluaskan dari 10 kepada 18 subkategori, manakala Penerbitan Pelancongan Terbaik pula tidak lagi terhad kepada majalah pelancongan sahaja. Kini, ia turut terbuka kepada medium penerbitan lain seperti coffee table book, guide book tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan mengenai Malaysia.

Borang-borang pencalonan boleh dimuat turun melalui laman web www.motac.gov.my atau www.tourismmalaysia.gov.my. Borang yang telah lengkap dan sebarang pertanyaan boleh dihantar ke:

Jawatankuasa Penghakiman
Sekretariat Anugerah Pelancongan Malaysia 2014/2015
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
Tingkat 2, No. 2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Malaysia

Tarikh tutup percalonan adalah 19.06.2015

Selamat berjaya!!!!

Pengumuman : Tarikh tutup percalonan telah di lanjutkan sehingga 15.07.2015. Jadi pada yang masih ingin menyertainya… masih belum terlambat lagi… cepatt!!!

3 thoughts on “Anugerah Pelancongan Malaysia ke-19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s