[NOVEL] Kekasihku Popular

[NOVEL] Kekasihku Popular

Sejak dua menjak ni rajin pula saya membaca novel…. tapi bukan beli la.. semua di pinjam di Perpustakaan Pejabat jer…. senang sikit.. dapat baca banyak novel…

Tapi sambil2 tu saya pinjam juga buku cerita tuk anak-anak…

Sinopsis Novel :

KEKASIHKU POPULAR mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Rianna Lily yang kehilangan ibunya setelah perkahwinan ibu bapanya itu musnah. Naluri untuk bertemu dengan ibunya yang membuak-buak itu telah membawa dirinya pulang ke tanah air tercinta, Malaysia.

Setibanya di Malaysia, berlaku banyak rentetan peristiwa yang tidak pernah tercapai dek akal. Rentetan peristiwa yang tidak disangkakan itu terjadi setelah gadis itu bertemu dengan vokalis Rookies, Ryu Firdaus. Ryu Firdaus yang turut terpisah dengan ibunya sedari kecil setelah perceraian ibu bapanya itu mempunyai sikap yang kurang menyenangkan hati Rianna Lily. Setiap pertemuan dengan Ryu Firdaus pasti penyudahnya adalah pertengkaran. Dua-dua akan makan hati dengan kata-kata pedas dan berbisa. Kelihatan mereka ini seakan-akan kucing dan tikus, ibarat Tom and Jerry.

Macam-macam hal yang berlaku di antara mereka. Sehinggalah terjadi satu peristiwa di kelab malam di mana Ryu telah dipukul oleh seorang lelaki yang begitu ketagih dengan liuk lentok tubuh badan Rianna semasa menari. Peristiwa ini telah membuka mata Rianna akan makna tanggungjawab.

Rianna berasa sangat kesal dan sanggup mengambil peranan daripada Mimi yang sarat hamil sebagai PA Rookies untuk menebus kesalahan terhadap Ryu. Dalam menjadi PA, Rianna juga tidak melupakan tugasnya sebagai pembantu café. Menjadi pembantu café dan merangkap juga sebagai PA sememangnya tidaklah sesenang ABC mahupun 123. Pelbagai dugaan melanda dan memporak-perandakan kisah gadis kecil yang bermata hijau itu.

 

Okla citernya…. tak der adegan melarat2 nak baca… memang kisah remaja dalam percintaan la.. tapi jenis yang high taste la…hahahaha

Seronok baca…

Penulis : Phidot
Harga : RM 31.90
Penerbit : SR Publications
Tarikh terbitan : 31-DEC-2013

Tapi kalau nak tahu review yang detail…. boleh la try baca kat blog ni… giler rajin dia detailkan kisah Novel ni..hahaha

 

One thought on “[NOVEL] Kekasihku Popular

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s