[RESEPI] Sotong Bakar

[RESEPI] Sotong Bakar

Dah lama x update blog… marilah meriahkan blog kembali walaupun citer tak menarik.

 

Ni citer tahun lepas…… haaaa.. ko tahun lepas punya citer baru nak citer. Nampak sangat ko pemalasssss kan sumi…wakakaka

Resepi Sotong Bakar ni saya google.. google.. tetiba melekat ke blog kak ina. Apa lagi macam senang bahannya.. leh la buat kan..hahaha

Bahan-bahan utama
3 ekor ikan keli
5 ekor sotong sederhana besar

 

Bahan-bahan lain

8 sudu makan cili kisar
5 biji bawang kecil*
4 biji bawang putih*
1 biji bawang besar*
3 batang serai*
1 1/2 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
2 helai daun kunyit*
2- 3 sudu makan gula castor-ikut citarasa
1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
garam secukupnya
minyak dan daun pisang/daun kunyit
2 biji limau kasturi-untuk diperah sebelum di nikmati

 

 

 

Cara-caranya  

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
  3. Masukkan  gula castor, jus asam jawa dan garam.
  4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
  5. Bersihkan ikan  serta sotong dan perapkan bersama garam dan jus limau kasturi.
  6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.  Sotong pulak di kelar-kelar dan masukkan kembali janggut ke dalam badan dan lekatkan pencungkil gigi.
  7. Lumurkan sambal ke atas ikan dan sotong.
  8. Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke…atas non stick pan ke…atas arang ke atau dalam oven….kalau bakar atas arang lagi best……kalau nak makan baru bakar…makan panas-panas pun sodap…..perah dengan asam limau kasturi.

 

Ok…….. walaupun tak sama macam kak ina buat… boleh la kan.. dari tak ada… hahahaha. Terima kasih Kak Ina sudi share resepi… dapat cuba walaupun tak sama…hehehe

2 thoughts on “[RESEPI] Sotong Bakar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s