[RESEPI] Kek Coklat Lembab

[RESEPI] Kek Coklat Lembab

Minggu lepas saya berjaya buat kek coklat lembab… saya ni kalau buat apa2 jenis makanan, mesti cari resepi yang ringkas2 jer.. tak suka la banyak2 bahan.. hahahaha

Cari yang mudah dan senang dapat.. dan mudah di kendalikan….

Sebenarnya, kek coklat lembab ni anak saya suka makan. Hari-hari suh beli kat gerai tepi jalan tu.. sebekas kecil tu RM2.50. Jadi di sebabkan suka sangat kek coklat tu, sebagai seorang ibu kene la mengikut kehendak anak-anak kan. Saya berusaha dengan gigihn ya cari resepi kat internet…hahahaa

Akhirnya jumpa 1 resepi dari blogger popular.. sapa lagi kalau bukan kak Azlita Masam Manis.

20141117_063637

 

Bahan-bahan nya :

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

** Satukan semua bahan, Kemudian ayak, Ketepikan

 

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

 

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

** Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

 

Bahan D
250 ml air panas

 

Cara-caranya :

  • Satukan semua bahan B
  • Pukul hingga putih
  • Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
  • Pukul hingga sebati

***Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon

  • Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula sehingga semua sebati
  • Tambahkan air panas dan gaul rata
  • Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
  • Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
  • Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.

Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

sumber : http://www.azlitamasammanis.com/2013/03/kek-asas-1-kek-coklat-lembab.html

*****************************

20141116_201959

 

Alhamdulilah…. dengan adunan ni, saya dapat 2 bekas 8 inci ni…..

1 bekas anak-anak saya makan dan bawa bekal ke sekolah, lagi 1 bekas saya bawa g pejabat…. dan mujur kawan-kawan puji sedapppp…hahahaha

3 thoughts on “[RESEPI] Kek Coklat Lembab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s