Horlicks Coklat penambah selera anak-anak

Horlicks Coklat penambah selera anak-anak

Sapa pernah minum Horlicks??

Ingat lagi masa saya kecik2 dahulu… saya pengemar Horlicks juga.. tapi bila meningkat dewasa dah tak minum lagi..hik3


Bila lihat Iklan Horlicks ni memang mengamit perasaan la kan…

Kini bila dah menjadi seorang ibu dan memiliki anak-anak, saya tak berkira jika anak-anak ingin mencuba rasa horlick juga.

Maklumla minuman Horlicks ni dipenuhi 23 khasiat penting, termasuk kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat, protein untuk membina tisu badan serta multivitamin dan mineral, Horlicks® Chocolate baru mengandungi kebaikan semula jadi susu, barli malt dan gandum untuk membekalkan keperluan pemakanan keseluruhan kanak-kanak.

Penyediaan pun tak susah mana pun…. anak-anak pun boleh buat sendiri, tapi mesti lah dalam pengawasan ibu bapa yek.

Memula, masukkan 2 sudu besar Horlicks

Kalu rasa nak manis lagi boleh tambah susu sikit, jika tak suka manis sekadar serbuk Horlicks pun dah cukup.

Tambahkan air panas… jika suka sejuk, tambah dahulu air panas dan larutkan dahulu, kemudian baru tambah air sejuk dan ais batu.

Ok…. dah siap Horlick yang di bancuh oleh Danial…

Dah sedia untuk di minum… senangkan??

Anak saya si Danial pun tahu buat sendiri bila di ajar.

Untuk makluman semua, Horlicks ini didatangi dalam pelbagai jenis pek. Antaranya

 1kg (RM 21.50) @ 2kg (RM42.00)
 
400 gram (RM 42.00)

 

 200 gram (RM 6.50)

atau dalam uncang 3 dalam 1 (RM10.50) untuk memudahkan ia dibawa kemana-mana.

Untuk makluman semua, Horlicks®, memperkayakan rumusan yang sedia ada dengan campuran mikronutrien bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Horlicks® Chocolate membekalkan kanak-kanak 23 zat penting termasuk kalsium, protein dan multivitamin untuk menyokong keperluan tumbesaran dan perkembangan menyeluruh mereka.

Di Malaysia dengan 13.2% kurang berat badan dan 15.8% menunjukkan tumbesaran yang terbantut.  Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tabiat pemakanan yang kurang sihat seperti tidak mengambil sarapan pagi, kerap mengambil makanan ringan dan makanan segera, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran5. Ini pula berkaitan dengan kekurangan mikronutrien seperti zat besi, iodin, vitamin A dan vitamin D yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.

Hari ini, formula Horlicks® boleh membantu menangani ‘hidden hunger’ (kelaparan tersembunyi), isu pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan mikronutrien, yang masih wujud di kalangan kanak-kanak di Malaysia.

 

Kelaparan tersembunyi tidak sama seperti kelaparan akibat kekurangan makanan. Ia adalah kekurangan vitamin dan mineral kronik yang biasanya tidak menunjukkan tanda amaran yang jelas, jadi orang yang menderitainya tidak menyedarinya. Akan tetapi kesannya tetap memudaratkan kerana kelaparan tersembunyi boleh menyebabkan perkembangan mental yang lemah, kesihatan fizikal dan produktiviti yang rendah.  

Wanita dan kanak-kanak daripada kumpulan berpendapatan rendah di negara-negara  membangun selalunya paling teruk terjejas, tetapi kajian tempatan di Malaysia menunjukkan bahawa kanak-kanak sekolah di kawasan bandar seperti KL dan PJ juga turut mengalami kekurangan mikronutrien termasuk vitamin D yang penting bagi penyerapan kalsium. Kekurangan zink, zat besi dan iodin juga diperhatikan di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, adalah penting untuk memberitahu ibu-ibu dan mendidik kanak-kanak sejak kecil untuk makan dengan betul dan mengamalkan diet yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan mineral

Profesor Dr Khor Geok Lin, Profesor Pemakanan dari Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU),

Jadi ayuh ke Pelancaran Horlicks® Chocolate yang akan memulakan siri jelajah yang melibatkan keluarga dalam aktiviti yang menyeronokkan, serta Trak Bergerak Horlicks® yang menawarkan sampel percuma yang akan berhenti di pusat membeli-belah terpilih dan lokasi lain yang bertrafik tinggi di seluruh Malaysia.

One thought on “Horlicks Coklat penambah selera anak-anak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s