[RESEPI] Congo Bars

[RESEPI] Congo Bars

Sejak akhir-akhir ni.. saya rajin pula main-main bakar dalam oven..hik3

Maklumla.. tak lama lagi nak raya kan.. so tengah asah bakat untuk menggunakan kembali mixer, oven, sukatan dan juga peralatan memasak kan?hik3

Ok kali ni nak share resepi Congo Bars… ini pun cuba dari resepi kak Azlita Masam Manis…. dan yang nyata jadi ok!

Bahan-bahan :

  • 315 gm tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150 gm butter
  • 320 gm gula perang – boleh kurangkan
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 250 gm chocolate chips
  • 1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang – optional
  • Kepingan badam untuk taburan – optional

Cara-caranya :

  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.

 

  1. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  2. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  3. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

 

********************************

Saya dah cuba resepi ni 2 kali.. dan 2-2 kali tu memang lembab kat bahagian bawahnya…

Rupa-rupanya memang dia lembab di bahagian bawahnya.. jadi saya x gemar sangatla lembab tu.. jadi saya bakar lagi sehingga perang sikit atasnya……

Kurang la sikit lembab di bawahnya… dan rasanya macam kek la sikit…hik3

Alhamdulilah.. dah ada menu tuk hari raya ni… leh la buat tuk mak saya nanti.. maklumla tahun ni saya beraya di Melaka….hik3

Dan rasanya memang sedaaaaaaaaappppppppp!!!

4 thoughts on “[RESEPI] Congo Bars

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s