[RESEPI] Kuah Kacang Mak

[RESEPI] Kuah Kacang Mak

Wah..wah… lagi sebulan nak muncul Ramadan.. pastu muncul pula sang Syawal…. tak sabar rasanya kan??

Kali ni nak share resepi kuah kacang dari mak saya… tu yang letak nama kuah kacang mak…hahahah

Bahan-bahannya :

  • 500grm kacang tanah (goreng dan blend jgn hancur)
  • 10 biji Bawang merah (ikut suka nak banyak mana)*
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • Segengam udang kering*

Semua bahan bertanda * sila blend

  • 3 batang serai dititik
  • 1 senduk cili kering

Cara-caranya :

  1. Panaskan minyak.. tumis bahan blend + serai sehingga garing pastu baru tambah cili kering
  2. Tumis sampai cili betul2 masak tau….
  3. Pastu tambah air putih dan kacang blend. ..
  4. Tambah air sampai tengok tak terlalu pekat..kira sedang elok la buh atas nasi himpit.
  5. Tambah air asam jawa + garam
  6. Tambah pula Gula merah + gula biasa
  7. Pastu rasala macam korang rasa kuah kacang yang biasa makan… x cukup manis buh la gula lg…

Haaaa……… senang tak kuah kacang nya?? senang kan? Bila dah buat tu kan.. korang mesti rasa bangga.. sebab anak-anak suka makan tau…

Macam tu la saya.. saya kene gak belajar sebab anak saya Iskandar suka makan… hehehe

Jadi resepi kuah kacang dah belajar.. jadi senang la nak masak masa raya…….. senang jer wei… konpem buat sekali jadi….hik3

 

 

2 thoughts on “[RESEPI] Kuah Kacang Mak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s