Setelah 14hari berlalu #MH370

Setelah 14hari berlalu #MH370

‘Satu dunia tunggu berita’

Sepang: Sidang media pada jam 5.30 petang hari ke-13 semalam menjadi tumpuan seluruh dunia apabila Australia mengesahkan mengenai penemuan dua objek di Lautan Hindi yang mungkin ada kaitan dengan pesawat penerbangan MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, itu petunjuk baru yang boleh dipercayai, namun belum dapat disahkan dan lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mengesan pesawat di kawasan berkenaan.

Apapun, katanya, fokus setiap masa ialah mencari pesawat berkenaan.

Berikut sedutan sidang media itu yang turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

 

Foto
HISHAMMUDDIN Hussein

Penemuan rakaman imej satelit dipercayai objek MH370 dikesan Australia
di selatan Lautan Hindi

(Hishammuddin)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima panggilan daripada Perdana Menteri Australia Tony Abbot kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) yang memaklumkan berjaya mengesan dua kemungkinan objek yang dipercayai ada kaitan dengan dengan MH370 yang ditemui di selatan Lautan Hindi.

Pihak berkuasa Australia di Kuala Lumpur sudah memaklumkan perkara sama kepada saya mengenai perkembangan situasi terbaru itu.

Malah, Anifah turut dimaklumkan perkara sama oleh rakan sejawatnya di Australia.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) kini sedang menyelaras carian bagi mengesan pesawat itu terutama di kawasan mereka dengan bantuan Pasukan Pertahanan Australia, Pasukan Tentera Udara New Zealand dan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Pusat Menyelamat Menyelaras (RCC) AMSA Australia menerima imej satelit yang kemungkinan ada kaitan dengan misi mencari pesawat penerbangan MH370.

RCC Australia menerima maklumat itu daripada pakar kajian imej satelit, hari ini (semalam).

Imej itu dirakam hari ini (semalam), namun belum dapat disahkan lagi sama ada ia ada kaitan dengan MH370.

Kajian imej itu disediakan Australian Geospatial Intelligence Organisation yang mendakwa kemungkinan petunjuk penemuan serpihan pesawat di barat daya Perth.

Berdasarkan maklumat terbaru itu, empat pesawat diselaraskan semula untuk diterbangkan ke sebuah kawasan 2,500 kilometer (KM) dari barat daya Perth.

Pesawat P-3 Orion milik Pasukan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) sudah tiba di kawasan berkenaan kira-kira jam 10.50 pagi.

Selain itu, tiga pesawat lain yang dikendalikan RCC Australia turut dikerah termasuk Orion milik RAAF, Orion milik pasukan udara New Zealand dan P-8 Poseidon milik tentera laut Amerika Syarikat.

Pesawat Poseidon dijangka tiba petang ini (semalam), manakala Orion RAAF dan Orion milik New Zealand masing-masing akan berlepas petang dan tengah hari ini (semalam).

Sementara itu, pesawat C-130 diarah RCC Australia untuk menjatuhkan boya penanda jenis hanyut sebagai titik rujukan yang berterusan sekiranya objek berkenaan hanyut atau berubah kedudukan ke lokasi lain.

Pada masa sama, sebuah kapal dagang yang menerima maklumat imej dikeluarkan RCC Australia itu pada Isnin lalu dijangka tiba di kawasan itu tengah hari ini (semalam).

Selain itu, kapal HMAS milik Tentera Laut Diraja Australia juga dikerah ke lokasi itu, namun ia akan memakan masa beberapa hari untuk tiba.

Kapal berkenaan mempunyai keupayaan untuk mengesan objek yang didakwa milik MH370 itu.

Pelbagai usaha kini dilakukan untuk menjejaki objek yang dikesan satelit itu.

Saya sudah senaraikan semua aset yang akan dihantar, malah akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia.

Saya juga ingin maklumkan tiada bandar paling dekat dengan penemuan itu.

Buat masa ini, kami sedang menunggu laporan aset atau kapal berdekatan yang dalam perjalanan ke tempat itu.

Ini berita tergempar yang ingin diketahui seluruh dunia.

Percayalah kami akan maklumkan dunia seandainya ia sudah disahkan.

Saya ingin maklumkan segala maklumat yang diterima penting untuk semua tahap dalam SAR.

Berdasarkan imej satelit dan pengalaman sebelum ini, setiap data atau maklumat diterima perlu diteliti untuk pengesahan terlebih dulu.

Ini kerana jika maklumat salah akan mengganggu SAR, malah memberikan harapan palsu kepada keluarga.

Sekurang-kurangnya hari ini (semalam) ada petunjuk.

Tetapi ia memerlukan masa seharian untuk pengesahan.

Itu harapan. Selagi ada harapan, kita akan teruskan pencarian.

Jika imej dirakam itu sah milik MH370, kami akan mengesan kotak hitam pesawat itu dahulu.

Teknologi lebih canggih perlu dikerahkan untuk mencari kotak hitam itu.

Operasi SAR akan beralih ke fasa baru sekiranya disahkan penemuan imej satelit itu.

Sekiranya maklumat satelit positif, maka kami boleh menggunakan situasi kemalangan pesawat Air France memandangkan cabarannya hampir sama di mana Lautan Atlantik (kes Air France) sama mencabar dengan Lautan Hindi.

Pencarian di laut dalam adalah sesuatu yang kita utamakan juga.

Kita sedang melihat kemungkinan penggunaan kenderaan penyelam sonar.

Namun, aset dan teknologi yang ada kini terhad.

Sebelum ini, satu-satunya petunjuk yang kami temui daripada data satelit di Laut China Selatan.

Hari ini, maklumat yang diterima pihak berkuasa Australia sebenarnya hasil kerjasama dengan satelit lain. Kita boleh bawa kapal masuk ke kawasan itu, ini sudah dibincangkan dua Perdana Menteri (Malaysia dan Australia).

Inilah yang membezakan maklumat itu dengan petunjuk lain sebelum ini.

(Sumber dipetik dari : Harian Metro Online)

One thought on “Setelah 14hari berlalu #MH370

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s