Kisah Sheriff Callie’s Wild West, Siri Animasi Disney Junior

Kisah Sheriff Callie’s Wild West, Siri Animasi Disney Junior

 

Wah…. tak lama lagi Disney Junior akan menayangkan citer kartun yang terbaru….

Siri animasi musikal menfenai Sheriff Callie iaitu si kucing Calico yang bertanggungjawab menjaga keamanan Bandar.

Siri yang berlatarbelakang Old West yang menarik ini menceritakan kisah pada era tersebut untuk memaparkan pengajaran tentang sifat kemaafan, kejujuran dan perkongsian.

Seperti program Disney Junior yang lain, muzik memainkan peranan utama dalam setiap siri, dengan setiap episod memaparkan dua lagu original yang menyerlahkan dan memperkuatkan lagi cerita.

Dengan lagu bertema country-western, siri ini memberi penghormatan kepada filem western klasik dan hiburan muzikal cowboy dengan lagu-lagu seperti ‘We’re Gonna Clean up This Town’ dan ‘The Cowgirl Twirl’.

Penyanyi anjing prairie yang comel menceriakan lagi suasana dengan lagu pendek dalam setiap episod, menekankan pengajaran yang diperkenalkan dan memberikan suasana komedi sewaktu perubahan babak.

Sheriff Callie’s Wild West dicipta oleh Denis Morella dan George Evelyn dan dihasilkan sebagai siri televisyen oleh Holly Huckins, pasukan di belakang ‘Higglytown Heroes’ Disney.

Morella, Evelyn dan Huckins juga bertindak sebagai penerbit eksekutif. Michael Turner dan Mike Himelstein (‘Mickey Mouse Clubhouse’) adalah komposer dan siri ini diterbitkan oleh W!LDBRAIN Entertaiment, syarikat Media DHX dengan kerjasama Disney Junior.

Jangan lupa saksikan Sheriff Callie’s Wild West, siri western pertama untuk kanak-kanak prasekolah, yang akan mula ditayangkan di Disney Junior (ASTRO Channel 613) bermula Isnin, 24 Febuari dengan waktu siaran tetap pada jam 1 tengahari setiap hari di mana pelakon Mandy Moore (‘Tangled’) membawakan suara Sheriff CallieSheriff Callie’s Wild West

Jangan lupa… banyak pengajaran tentang moral, adab dan etika sosial yang baik boleh di pelajari melalui siri animasi ini………

One thought on “Kisah Sheriff Callie’s Wild West, Siri Animasi Disney Junior

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s