[BR1M] Bantuan Rakyat 1 Malaysia

[BR1M] Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Mesti ramai yang nak apply… haa.. cepat..cepat.. tapi sebelum tu kene la tengok dulu kelayakan kan???

Antaranya :

  • Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
  • Borang yang telah diisi secara manual dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Cawangan LHDNM yang berdekatan.
  • Isi rumah yang layak:
    i. Warganegara Malaysia;
    ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah:
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  •  Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
    iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1954 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
  • Individu yang layak:
    i. Warganegara Malaysia;
    ii. Bujang / Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1993 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Maklumat pengenalan ahli isi rumah (Bahagian B) MESTI diisi dengan lengkap.
  •  Sila kemukakan salinan:
    (i) MyKad bagi pemohon; dan
    (ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
  • Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014.

Ha…. dah baca dah kan???

Kalu tak nak isi menggunakan manual.. boleh aja isi secara online.. lagi cepat kot…

 

**NOTA

  1. PERMOHONAN BARU – Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.
  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 – Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

(Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang
berhampiran.)

Ok……… selamat mengisi borang pada yang layak!!!!!!!!!!!

4 thoughts on “[BR1M] Bantuan Rakyat 1 Malaysia

  1. Saya tak layak nak memoho BR1M.. Kalau layak dah lama saya mohon dah.. Jadi kepada yang layak memohon BR1M, segerakanlah permohonan anda.. Bolehlah gunakan wang tersebut untuk perbelanjaan sekolah anak-anak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s