Hilang semua…….

Hilang semua…….

Alor Setar: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.

 

Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam.

Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.

******************************

Takziah kepada keluarga mangsa kerana kehilangan 3 orang anak serentak… kalu la saya di tempat mereka.. tak dapat di gambarkan.. mungkin akan pengsan berberapa kali kot…

Mau tak pengsan… ketiga2 anak pergi sekali gus.. tak der yang hidup.. dan bermakna mereka akan tinggal berdua sahaja hingga ke akhir hayat….

Harap ibubapa arwah tabah dan redha dengan setiap yang terjadi… semoga dapat tangkap pembunuhnya… sangat..sangat tidak berperikemanusiaan sungguh…..

4 thoughts on “Hilang semua…….

  1. Takziah kepada ke tiga-tiga mangsa.. Kejadian ini sungguh menyayat hati.. Semoga kita sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T dan dijauhi daripada segala kejahatan yang disebabkan oleh manusia yang tidak bertanggung jawab… Al-Fatihah untuk ke tiga-tiga mangsa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s