Inti Pati Bajet 2014

Inti Pati Bajet 2014

Berikut ialah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2014 bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”.

Lima teras utama bajet ini ialah :

  • merancak aktiviti ekonomi
  • mengukuh pengurusan fiskal
  • menggungul modal insan
  • mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar
  • mensejahtera kehidupan rakyat.

Antara intipat Bajet 2014 :

  1. Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara
  2. Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.
  3. RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.
  4. Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.
  5. RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  6. RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  7. Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion
  8. Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.
  9. Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.
  10. Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.
  11. Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek
  12. Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
  13. Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
  14. Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.
  15. Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
  16. Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
  17. Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
  18. Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
  19. Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
  20. Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
Yang paling penting untuk di dengar dalam Bajet 2014 adalah :
  • Bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak 100 ringgit, akan diteruskan.
  • Program Baucar Buku 1Malaysia dengan nilai sebanyak 250 ringgit kepada setiap pelajar pra-universiti dan IPT untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahanpengajian.
  • Meringankan kos yuran taska, Kerajaan akan menaikkan kelayakan pendapatan isi rumah bulanan penjawat awam daripada 3,000 ringgit kepada 5,000 ringgit untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah 180 ringgit sebulan.
  • Keraajaan mencadangkan pemberian bantuan yuran taska sebanyak 250 ringgit sebulan kepada ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi 900 ringgit yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar dibawah JKM. Langkah ini dapat memanfaatkan seramai 3,334 kanak-kanak dibawah usia empat tahun.
  • program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada isi rumah dan individu bujang akan ditambah baik. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3r ibu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgitkepada 650 ringgit.
  • Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit.
  • BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara 3 ribu hingga 4 ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit. Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah.
  • Para penjawat awam  mendapat bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.

Kalu rasa masih ada yang tidak lengkap…. boleh la lawati –>> http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub14.pdf

One thought on “Inti Pati Bajet 2014

  1. Terima kasih di atas perkongsian info… Saya harap semua pihak berpuas hati dengan bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh PM, walaupun rasa sedih sebab subsidi ke atas barang keperluan asas telah……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s