[RESEPI] Biskut Dahlia aka Biskut Semprit

[RESEPI] Biskut Dahlia aka Biskut Semprit

Semalam projek raya dah buat.. ala.. buat 1 jenis kuih jer wei.. bukan banyak. tu pun dari pagi hingga tengahari ok! penat mak nok!!hahaha

Resepi ni saya ambik dari Mat Gebu…. ishk.. suka nau guna resepi dia.. sbb mudah dan senang..hik3

Nak thau apa bahan-bahan nya?? Jom lihat

BAHAN-BAHANNYA🙂

300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)

160 g gula aising (mat guna 140 g)

2 kuning telur

1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)

240 g tepung gandum*

100 g tepung jagung*

160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)

Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA🙂

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk
    biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias
    dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada
    suhu 175C selama 15 – 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan
    ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap
    udara…

Huh.,… senang giler rupanya buat…. tak der la susah pun… tinggal beli bahan jer pun.. semalam dapatla buat 2 adunan.. kene pandai bentuk la bunga dahlia tu.. kalu idak tak banyak la dapat… sebab kuih ni akan kembang bila masak…hik3

Okla.. selamat mencuba yek semua!!!!!

5 thoughts on “[RESEPI] Biskut Dahlia aka Biskut Semprit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s