[REVIEW] Samsung S4 yang mengagumkan!

[REVIEW] Samsung S4 yang mengagumkan!

Tempoh hari pelancaran Samsung S4, ramai yang duk bercerita kehebatan Samsung S4 ni…. Ialah baru keluar Note II dah keluar yang baru lagi…hik3

Antara 3 model telefon Samsung yang terbaru : Samsung S3,Samsung Note II dan terkini Samsung S4

Alhamduliah, saya diberi kesempatan untuk merasai sendiri kehebatan samsung S4 ni….

Pada yang dah beli konpem dah explore habis-habisan, tapi pada yang belum, meh sini saya nak kongsi serba sedikit mengenai Samsung S4 ni…..

Ini lah set lengkap yang saya terima….. 1 unit Samsung S4, cable USB untuk charge atau transfer, earphone dan juga buku manual…ohya..bateri Samsung S4 hanya seberat 170 gram sahaja….. ringan kan??

Errkkk..saya tahu bila dapat jer buku manual tak der pun nak baca, baik la explore sendiri dari baca buku…keh3

Sebelum tu meh baca spek Samsung S4…

Rasanya semua telefon ciri2 nya hampir sama…cuma yang membezakan nya adalah aplikasi dan fungsi yg terdapat di Samsung S4 yang tiada pada telefon bimbit yang lain….

Teruja tak tengok gambar belon tu.. lawa kan kaler nya.. warna warni…

Lihat jerla Display telefon tu : 5inch Full HD Super AMOLED (1920 x 1080) display, 441 ppi

Besar dan senang la nak tengok movie…

Dapat jer telefon ni, perkara pertama mestila tengok aplikasi apa yang ada kan….

Samsung S4 ni di datangi dengan 16 @ 32 @ 64GB memory + microSD slot (up to 64GB), 2GB RAM dan Android 4.2.2 (jelly bean)

Kalu tengok sekali imbas ada semua aplikasi ni semua ada pada telefon yang lain. Cuma perasan tak ada S HEALTH tu?? haaa….. tu sapa yang kaki diet ker, kaki jogging ker memang sesuai la ada aplikasi ni…

Boleh kira berapa kalori kita terbakar, berapa kalori kita bertambah kalu makan..hik3

Kalu dah banyak lagi memori tu, apa lagi….. banyak la game yang saya download….

Yang penting mesti la game Candy crush……. maklumla sekarang dah jadi fenomena CC ko…hahahah. Pas main pasti gian.. macam kunyah gula2 tu lak..hahaha

Ni pula Panel yang terdapat kat S4.

Nampak tak ada Smart Stay, Smart Scroll, Air Gesture…..

Haaa…. Samsung S4 jer ada benda2 ni….  sedangkan Samsung Note II saya pun tak der ok aplikasi ni… jadi memang lain dari yang lain kan?

Nanti saya kasi tunjuk apa yang menarik nya menggunakan Smart Stay, Smart Scroll, Air Gesture ni yek…

Saya ada rakam menggunakan KEEK untuk tunjuk kepada pembaca semua…..

1) Air Gesture, Smart Scroll dan Smart Stay

Dengan adanyaair gesture dan smart stay, saya tak perlu menyentuh pada skrin telefaon…di mana dengan menggunakan fungsi yang dikhaskan.. menyenangkan kerja saya…

Untuk “air gesture” dan “smart scroll” saya hanya perlu melambaikan tangan untuk untuk setiap helaian muka surat atau gambar…. manakala “smart stay” pula, saya hanya perlu melihat pada skrin dan menggunakan mata untuk menggerakan muka surat tersebut ke atas dan kebawah…

Malah, kalu tangan kita basah kotor, tak perlu nak sentuh pada skrin… hanya dekatkan pada gambar dan dah boleh gerakkan gambar tersebut….

Senang bukan?

2) Smart Pause

Haaa………. saya suka fungsi “smart pause” ni….

Kenapa saya kata suka, ialah.. tengah layan movie tetiba ada panggilan masuk ker, ada benda nak buat ker, ada orang panggil ker…… ishk.. kang terlepas pula kat scene mana kan? haaa……….. dengan adanya smart pause ni… movie yang kita tengah pasang tu akan berhenti dan akan sambung kembali pada tempat yang berhenti tu la…

Tengokk……… senang kan kerja lagi kan? tak yah nak tengok dari mula.. boleh tengok balik padat empat yang berhenti tu kan??hik3…

Amacam?? teruja tak?? ishhkkkkkkkkkk…….. tu baru sikit.. ada lagi saya nak tunjuk ni… jap yek..

Kalu siapa kaki gambar, mesti nak tengok kelebihan camera pada setiap telefon kan?
Sebab benda ni la saya nak explore sangat!!

Kalu setakat beauty face, best photo,best face, dan yang lelain tu rasanya ramai dah tahu. Tapi ada tambahan baru di Samsung S4 ialah, dual shot, sound & shot, drama

1) Dual Shot

Dengan fungi “dual shot” ni, anak2 saya tak perlu berebut nak ambik gambar lagi…. kalu tidak gambar adik ada, gambar abang tak ada.. kini kedua2 orang boleh di ambil serentak.

Seronok pula bila boleh rakam dengan “dual shot” pada masa  yang sama… boleh buat macam2 aksi dan gaya lagi…

Macam gambar saya dengan kawan saya tu….hik3
2) Sound & Shot

 

Jun 18, 2013 | sound & shot S4 by sumijelly on Keek.com

Haaa…benda ni memang sangat baru dan saya sangat teruja ok!

Sound & shot….Ala… macam kita ambik gambar dan tulis kat belakang gambar… lebih kurang la.. cuma di modenkan sikit.. boleh rakam gambar dan bunyi sekaligus kan…lagi pun x lama.. sekejap jer leh rakam.. selama 9 saat jer….

3) Drama

Memang boleh buat drama kan??hahahaha

Lihatla… tanpa perlu edit atau menggunakan apa2 aplikasi tambahan. Tetapi dengan hanya sekali ketip aja… saya berjaya meng’klon’kan diri saya….dan terhasil la drama..hik3

Memang seronok bila dapat ambik gambar macam tu… boleh buat bermacam aksi dan gaya tau…

Setakat ini telefon Samsung S4 ini di datangi dengan 2 kaler, iaitu hitam dan putih….tak tahu la akan datang kalu ada tambahan warna lain lagi kan….

Malah dengan skrin 5.0 inci, serta rekaan empat segi
de­ngan sedikit leng­kungan di bucu memang cukup selesa untuk dipegang dan dibawa kemana aja.

Hebat tak hebat Samsung S4 ni? ahh………terus jatuh cinta dengan fungsi2 yang terdapat pada telefon bimbit ni… harus kah saya bertukar telefon lagi??

Ok… cukupla saya setia dengan Note II… jangan ada sesiapa yang cuba meracuni saya yek….hik3

17 thoughts on “[REVIEW] Samsung S4 yang mengagumkan!

  1. Bestnya dapat pakai Samsung Galaxy S4.. Macam-macam fungsi ada… Paling best sekali ada beberapa sensor yang membezakan di antara Samsung Galaxy S3 dan S4…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s