[RESEPI] Daging Masak Hitam

[RESEPI] Daging Masak Hitam

Eh.. dah nak balik dah ker?? ok..ok pada sesiapa yang tengah mencari menu nak berbuka.. ni saya nak kongsikan resepi dari Mat Gebu…

Saya suka cuba resepi dari Mat Gebu, sebab sengang, mudah dan bahan tak terlalu susah nak cari… Tapi saya suka derhaka sikit kat bahan-bahan dia…..hahahaha.. Ampun yek Mat…hik3

Bahan-bahannya :

  • 400 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
  • 1 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 biji cili hijau*(*dikisar halus)
  • 1/2 camca besar rempah kari daging
  • 4 camca besar kicap pekat manis
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 kuntum bunga cengkih*
  • 2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
  • 1 cawan air
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 1 biji cili merah, hiris serong
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

Nota : Saya tambah 1 biji labu bawang + 3 biji bawang merah + 2 biji bawang putih di kisar untuk penambah manis dan sedap..hik3

CARA MEMBUATNYA🙂

  1. Daging tadi digaul bersama bahan kisar halus, perap 1 jam. Rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis dan masak hingga harum, tambah rempah kari tumis hingga garing, dan masukkan bawang kisar tambahan dan tumis hingga garing. Masukkan daging, kacau rata dan biar daging kecut. Gunakan api sederhana.
  3. Tuang air dan masukkan kicap pekat manis dan kicap cair. Masak hingga pekat dan daging empuk. Masukkan bawang besar hiris dan cili merah, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan hirisan daun bawang…
*******************

Haaa…….. nanti rasa nya sedapppppppp…..hahaha. Mat Gebu siap suh pos kat JB lagi.. tapi malangnya, lepas berbuka liciiiiiiinnnnnnnnnn hahaha

Ok..cuba la… sangat senang ok!

9 thoughts on “[RESEPI] Daging Masak Hitam

  1. same dgn bee.. belum nak menjadi lagi mcm real punya masak hitam ni.. ekceli ada mcm2 version kan kak sumi

    arwah opah belah suami goreng daging dulu… then bla bla bla… tp mmg sedappp hasilnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s