Ceriakan rumah anda dengan Dulux!

Ceriakan rumah anda dengan Dulux!

Hai semua, tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Puasakan? Dah bersedia ker dengan persiapan menyambut hari raya….

Macam-macam ni nak buat tuk persiapan hari raya ni…. Kuih raya dah tempah ker? baju raya, kasut raya pula macam mana? Dah beli ker? Perabot ada ker yang beli baru…. Wahh… meriah tul hari raya korang. Saya kalu buat persiapan pun sekadar tukar langsir jer kot….

Eh..eh… kalu dapat cat rumah pun cantik kan? Alahai…. Mana pula nak cari idea cat rumah ni… Oh ya.. rasanya Dulux ada cat baru kan? Dulux Inspire tak silap, sebab baru-baru ni mereka baru jer buat pelancaran cat di Dewan Keluarga Harmoni, iaitu dewan masyarakat Kampung Lindungan di PJS 6 tu.

Untung para penduduk kat situ sebab bukan sahaja bangunan dewan dicat semula, dapat lagi perabot baru dari Fella Design pula tu.  Memang rezeki sungguh… mesti meriah sambutan hari raya penduduk di sana nanti kan?

Bila tengok TVC dari Dulux ni, rasa macam nak juga wat perubahan kat rumah juga….

Macam bilik anak bujang saya… alahai.. seksa tengok bilik mereka…

Bila tengok dinding bilik anak bujang saya….. rasa nak nangis tau…. habis conteng-conteng dalam bilik mereka…. Kalu dah nama pun kanak-kanak, kalu tak menconteng tak sah punya la…. Nak pula bila anak 4-4 orang lelaki…. Lagi la meriah rumah saya ni….hik3

Dari dulu saya mengidamkan bilik anak-anak bujang saya berwarna warni… tapi tak berkesempatan nak mengecat sebenarnya. Tapi bila dengar ada Dulux Inspire yang memudahkan orang seperti saya mengecat…. Terus teruja.

Yela, anak-anak yang nak tido dan belajar kat dalam bilik tu, kalu tak diceriakan nanti mesti mereka tak semangat nak gunakan bilik tu… terutama Danial. Agak payah nak suruh buat kerja sekolah. Ada jer alasan. Mungkin sebab tengok dinding bilik dia dah berconteng kot.

Kalu dah cat bilik tu, mesti Hari Raya nanti sibuk nak tunjuk kat sepupu-sepupunya. Ialah bilik dah bercat mesti la seronok nanti…hehehe

Apa warna yek nak cat dalam bilik anak bujang saya ni??? Kalu dah nama pun lelaki, mestila warna pun warna lelaki. Nak letak warna merah garang sangat….



Dah la banyak pilihan warna nya iaitu sebanyak 22 warna yang sedia ada. 22 warna? Wow.. banyak tu.. mesti rambang mata nak pilih. Belum lagi tambahan 192 warna POST (iaitu warna adunan mesin) dalam lapan kumpulan warna, mesti rumah korang ceria..nak-nak pula semasa Hari Raya nanti.

Saya lebih sukakan warna yang lembut dan sejuk…. Agak-agak korang warna BIRU sesuaikan? Lembut dan sejuk sikit. Rasa macam warna Glistering Sea ok kot?

Yang lebih menarik lagi, siapa yang tak pakar mengecat macam saya ni kan… tak perlu risau bila nak mengecat sebab proses mengecatnya adalah sangat mudah dan senang. Jadi saya mesti boleh memberikan hasil yang kemas dan licin pada hasil kerja saya nanti…hik3

Malah dengan cat Dulux Inspire ni, dengan adanya Teknologi Chrome Brite ia menyerlahkan warna serta membantu korang mengekalkan keadaan rumah untuk nampak lebih segar dan baru dengan lebih lama lagi untuk bahagian dalam rumah serta kurang berbau.

Manakala untuk bahagian luar rumah, Dulux Inspire pula memberikan kemasan kusam dan kelegapan yang mencukupu untuk meliputi cat yang luas serta mempunyai ciri tahan alga dan kulat, tahan mengelupas dan juga tahan kotor

Eh.. apa susah, boleh jer terus layari www.dulux.com.my sebab kat situ boleh pilih kaler yang korang nak. Siap boleh kirakan berapa tin nak guna untuk cat rumah tau. Tapi kene wat kira-kira sikit la… yang penting korang tau keluasan rumah korang, pastu isikan… nanti boleh tau baper tin nak guna kan?

Tak perlu risau nak pilih warna cat dari Dulux Inspire ni… sebab dengan cat Dulux Inspire ni warna-warnanya sangat cantik dan terang pasti dapat menceriakan kediaman rumah korang. Inilah masa yang sesuai untuk menghias dan mengecat semula rumah dengan warna-warna yang trendy dan menarik untuk Hari Raya yang bakal menjelma…

Jadi kalu korang pula, warna apa nak cat kat dinding rumah korang?

Jom kita cat rumah!

10 thoughts on “Ceriakan rumah anda dengan Dulux!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s