Sukaneka Sekolah SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi

Sukaneka Sekolah SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi

Hari Sabtu yang lepas, Seklah anak saya yang sulung tu ada sukaneka tahunan.

Maklum la.. minggu ni kita bakal menyambut ramadan. Minggu sebelumnya masalah jerebu melanda… jadi nak tak nak cikgu kene teruskan minggu lepas….

Masa saya tanya Danial, apa sukan dia masuk, dia hanya cakap lompat si katak lompat ngan tolak bola dengan hoki… ok.. saya tak dapat bayangkanla kan.. eh.. anak saya main hoki??hik3

Jadi pagi sabtu tu pergi la.. sebaik la acara sukaneka anak saya buat kat tempat perhimpunan. Kat bahagian padang rasanya tuk pelajar 4,5,6 la kot…

Ishk…tengok la Huzaiman, tak leh duk diam… ada jer keje yang nak dibuat…

Saya tengah sibuk perhatikan Danial… terpaksa tinggalkan Huzaiman kat satu sudut..hik3

Iskandar macam biasala… kelhulur-hilir. Sebaik saya tak bawa Zulfadhli, kalu tidak lagi huru hara saya…. Zulfadhli ikut ayahnya g service kereta… jadi kurang la sorang.

Iskandar tahun depan bakal bersekolah di situ gak.. jadi biarla dia explore sekolah tu kan.. nanti senang dia na biasakan diri thaun depan..hik3

Danial bersama kawan kelasnya… masa ni sedang menunggu giliran tuk acara sukaneka tu….

Kejap bangun, kejap duduk.. lama gak nak menuggu giliran kan.. maklum la semua palajar 1,2,3 terlibat. Jadi kira ramai gak kan….

Jom lihat acara sukaneka yang Danial masuk…..

 
 
 
 

Bersungguh-sungguh Danial lakukan. Masa pusingan pertama Danial tak dapat langsung pingat… jadi ni kita pusingan ke dua la…. Tu yang dia buat bersungguh-sungguh…..

Lihatla masing-masing… menyokong pasukan masing-masing… supaya menang kan…

Danial mengharap sangat dia menang…..

Sementara Danial dengan aktivit nya… Huzaiman pun buat aktivit sendiri…

Saya suruh dia ambil botol air abang nya kat situ… sebaik dia tau mana satu botol air abang nya… bersungguh2 ambik tu…hik3

Yeaaaahhhhh!!! akhirnya, pasukan Danial dapat no 1 dalam acara sukaneka tersebut…

Suka Danial.. sebab dapat no 1 kan.. dapatla terima pingat nanti…hehehe

Sementara menunggu giliran tuk terima hadiah, saya suruh mereka berposing jap.. ialah kenang-kenangan kan…. nak pula ibunya suka mengambil gambar.. hehehe

 
 

dan tibala masanya untuk naik ke pentas untuk mengambil hadiah….

 

Senyum Danial sepanjang naik ke pentas…hahahaha

Sempat la saya suruh mereka jangan pergi jauh-jauh, sebab nak ambik gambar berkumpulan…. ialah mas ani  jer dapat ambil.. lepea sni entah keman-mana la mereka pergi kan?

 

Ishk… Danial paling kecik dan kurus bila tengok dalam gambar ni…hehehehe

Berakhirla sudah sukaneka sekolah Danial…… dapatla 1 pingat walaupun hanya sukaneka kan….

Kanak-kanak… mereka bukan kira pun janjji ada sesuatu hasil dari mereka lakukan… janjji mereka gembira, saya pun turut gembira kan?

Okla… selesai sudah acara sekolah… Rabu ni dah mula puasa… jadi segala aktiviti sukan dihentikan la kan.. sebab berpuasa….

6 thoughts on “Sukaneka Sekolah SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s