TAHNIAH! Syura Juara MasterChef Selebriti ke-2…

TAHNIAH! Syura Juara MasterChef Selebriti ke-2…

https://i1.wp.com/mstar.com.my/archives/2013/6/26/mstar_hiburan/syura%20trofi1.jpg

KUALA LUMPUR: Penyanyi Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron diumumkan MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua selepas berjaya menentang saingannya iaitu pengacara Celina Khor.

Kemenangan itu melayakkan Syura, 27, menerima wang tunai bernilai RM60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak MasterChef Selebriti Malaysia yang dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Selasa.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini.

“Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini,” katanya pada sidang media di sini sebaik selesai siaran tersebut.

Dalam pertandingan tersebut Syura tampil dengan tiga jenis sajian iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut.

https://i2.wp.com/mstar.com.my/archives/2013/6/26/mstar_hiburan/1syura_new.jpg

Syura bergambar kenangan bersama peserta program tersebut. Foto M. Azhar Arif/The Star.

Kedua-dua finalis akhir itu buat pertama kali menyediakan sajian “First Class” untuk 10 orang penumpang kelas pertama pesawat A380 sambil dipantau oleh chef-chef dari Brahim’s Airlines Catering.

MasterChef Selebriti Musim Kedua ini ditayangkan bermula 20 April setiap hari Sabtu hingga Selasa di saluran Astro Ria.

Program sebanyak 40 episod itu disertai 19 selebriti tanah air dengan masing-masing diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan fizikal dan mental di dapur.

Barisan selebriti yang menyertai pertandingan itu ialah Micheal Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz, dan Keroz Nazri.

Juri yang terlibat ialah Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu Amran.

Sumber : MStar Online

7 thoughts on “TAHNIAH! Syura Juara MasterChef Selebriti ke-2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s