Chef Johari lancar aplikasi Chef Jo untuk pengguna android.

Chef Johari lancar aplikasi Chef Jo untuk pengguna android.

Siapa tak kenal Chef Johari ??

Moh Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang berusia 55 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling “senior”. Bekas Presiden Persatuan Chef Malaysia ini mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA, Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA pada tahun 1975 dengan lulusan Diploma Latihan Chef.

Bermula dari situ, Chef Johari menimba banyak pengalaman bekerja di hotel-hotel terkemuka di ibu negara. Beliau juga pernah memegang jawatan penting di beberapa buah syarikat makanan di Malaysia termasuk sebagai Timbalan Pengarah F&B di Tradewinds Corporation Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai salah seorang ahli dalam Retail Advisory Council.

Chef Johari juga pernah diiktiraf sebagai pakar masakan dalam pelbagai acara seperti di WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011 dan #1 Culinary for the 7th ASEAN Skills Competition pada tahun 2008. Selain itu, Chef Johari terus mencurahkan ilmu masakannya kepada generasi muda melalui institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Taylor, KDU dan Universiti Utara Malaysia.

Perwatakannya mungkin dilihat agak serius, hakikatnya Chef Jo yang juga dikenali dengan panggilan Papa Jo seorang yang mesra dan mudah didekati.

Saya telah dijemput untuk menghadiri pelancaran aplikasi dalam talian iaitu aplikasi Chef Jo untuk mereka yang menggunakan android.

Yang menariknya aplikasi ni, di tulis dalam bahasa Malaysia tau… jadi memang sangat mudah di fahami dan di baca….

Malah, bukan resepi sahaja yang dikongsi oleh Chef jo,  petua yang berguna pun ada diselitkan sekali,

Jika ada kemusyikan mengenai apa2 resepi dan petua, boleh terus berhubung pada ruangana ‘ Tanya Chef’ di aplikasi tersebut di mana setiap pertanyaan anda akan di jawab melalui emel.

Tak sangka dapat juga bertemu Chef Jo buat pertama kalinya, kerana selalu saya hanya dapat melihat dia melalui Tv iaitu rancangan MasterChef.

Bagaimana perwatakan nya dalam master chef begitu juga dia bila diluar kamera. Bercakap sangat lemah lembut dan sungguh sopan bahasanya…..

Apa yang saya tahu, Chef Jo ada katakan bahawa dia memang bersekolah untuk belajar memasak. Minat nya dalam bidang masakan sejak kecil memang sangat mendalam sehingga la kini, dia sudah mendapat apa yang di hajati iaitu menjadi Chef.

Selepas pelancaran tersebut kami di jamu makan…

Semua dah tak sabar nak makan… laparr……..hahhaha

Semua makanan yang disediakan sangat sedap dan memuaskan……. nyum..nyum…

Selepas makan acara bergambar pula…hik3

 Bersama Chef Adu Amran Hassan

 

Bersama Raja Azmi dan Salamiah Hassan

 

 Bersama Zainal Alam Kadir

 


(kredit picture : shakiddo)
Bersama para blogger yang turut hadir…

 

Dan sebagai penutup entry………

Bersama Abang ***** (ishk… tak leh taip sungguh)

Aksi comel dari si kacak dan si chantik……………hahahaha *sila jangan muntah!!!bluweeekkk

6 thoughts on “Chef Johari lancar aplikasi Chef Jo untuk pengguna android.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s