SOFIA THE FIRST: ONCE UPON A PRINCESS

SOFIA THE FIRST: ONCE UPON A PRINCESS

Hari tu pergi ke Tayangan Perdana Sofia The first kat Mid Valley. Bawa anak-anak kan walaupun anak lelaki….. tak kisah la, janjji tengok wayang….hahahaha

Ishk…… tak pandang pula Huzaiman kamera… payah tul nak suh dia ambik gambar. Tangan tu cibuk nak usik sana sini….hahahaha

Ok….. baru la pandang kamera, tapi rasa mata masing2 entah mana la pandang pun tak tahu……..hahahaha

Ginila kalu bawa anak lelaki kan….tak reti duk diam..

http://1.bp.blogspot.com/-hzCYwu_WjtI/Ua42g_u927I/AAAAAAAAX28/PtVNZ610ak0/s320/Sofia+The+First+-+Once+Upon+A+Princess_Logo.jpg

 

DISNEY
MEMPERSEMBAHKAN PUTERI KECILNYA YANG PERTAMA DALAM “SOFIA THE FIRST: ONCE UPON
A PRINCESS,” TAYANGAN PERDANA FILEM ANIMASI TELEVISYEN PADA AHAD 19 MEI DI
DISNEY CHANNEL DAN ISNIN 27 MEI DI DISNEY JUNIOR
Penampilan
Istimewa Watak Klasik Disney, Puteri Cinderella
Suara
Bintang Terkenal Termasuk Ariel Winter, Sara Ramirez, Wayne Brady dan Tim Gunn
http://4.bp.blogspot.com/-qkHZHssAbtU/Ua4q74JUn6I/AAAAAAAAX2U/_0A4HmgPX8I/s1600/Sofia+The+First+-+Once+Upon+A+Princess_Key+Art.jpg

Filem yang berdasarkan alam dongeng Enchancia mengisahkan kehidupan Sofia, seorang gadis biasa, yang mengalami perubahan mengejut setelah ibunya berkahwin dengan seorang Raja dan dia menjadi seorang puteri, Sofia the First. Sofia harus belajar menjalani kehidupan yang luarbiasa sebagai seorang kaum kerabat, pada masa yang sama berpegang kepada harapan dan impiannya sendiri.

Perjalanannya untuk menjadi seorang insan yang terbaik turut membuka mata mereka di sekelilingnya untuk menyedari nilai istimewa tersendiri. Cinderella Disney juga muncul dalam filem ini untuk memberi nasihat kepada Sofia – dari puteri kepada puteri.

http://1.bp.blogspot.com/-pFLWtE3ovbk/Ua41x7eCwoI/AAAAAAAAX2s/1fz-lgz1FEA/s1600/Sofia+The+First+-+Once+Upon+A+Princess_07.jpg

Pengembaraan diraja Sofia bermula dengan persiapannya untuk berangkat ke istana bersama ibunya, memulakan keluarga baru dengan bapa tirinya, Raja Roland II, serta adik-beradik tirinya Amber dan James. Turut membantu perjalanan Sofia ialah tiga orang pengetua Royal Prep Academy– Fauna, Flora dan Merryweather (pari-pari kesayangan yang muncul dalam siri klasik Disney “Sleeping Beauty”) dan pelayan diraja, Baileywick, serta sekumpulan binatang comel dari hutan yang diketuai oleh Clover, arnab cerdik yang boleh bercakap. Lama-kelamaan, Sofia mendapati bahawa penampilan sebagai seorang puteri tidaklah sukar tetapi apa yang menjadikan seseorang itu puteri sebenar ialah sifat kejujuran, kesetiaan, keberanian, kebebasan, simpati dan budi bahasa.

Kisah “Sofia the First” yang direka untuk kanak-kanak dan keluarga mereka menyampaikan mesej positif dan kisah kehidupan yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kehidupannya terkurung dalam alam istana, ahli sihir dan kuda terbang, Sofia tetap seorang kanak-kanak yang menghadapi pelbagai masalah sosial yang sama seperti yang dihadapi penonton muda di rumah, seperti belajar menyesuaikan diri, mendapat kawan baru dan menguasai kemahiran baru.

Seronok anak-anak saya bila menonton citer Sofia The First ni. Memang betul-betul mereka menghayati sungguh.

Selepas habis tayangan saya tanya juga apa kisah citer yang mereka tonton. Ada la juga sebut pasal baik hati, penyayang, bantu membantu dan juga maaf memaafi.

Sampai jer rumah, boleh tak Zulfadhli terus buka You Tube cari citer Sofia The Fisrt tu…… hari-hari la tengok…. nak pula sekarang ada jer iklan pasal Sofia The First tu kat Disney Junior terus ingat masa tayangan hari tu..hik3

One thought on “SOFIA THE FIRST: ONCE UPON A PRINCESS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s