Kisah anak-anak bila tidak sihat

Kisah anak-anak bila tidak sihat

Beginila bila menjaga anak-anak yang sesang membesar….

Bila sorang tak sihat, yang lain pasti akan berjangkit… kekadang serentak, kekadang selang seli…

Hari tu, Iskandar demam panas.. hampir 4 hari la juga, asal malam jer demam… asal malam jer demam panas. dah g klinik dan tanya apa masalah tp jawapan nya x ada apa-apa….

Jadi saya ambik keputusan pergi Hospital Kajang dan bawa Iskandar dengan Danial. Kebetulan Danial pun tak berapa sihat. Kene cirit birit dan muntah-muntah. Tapi saya tak risau sebab dia cergas jer tengok. cuma kesian kat Iskandar sbb dah lembik.

Pergi Hospital ambik darah dan doktor suruh masuk air. Sebab 2-2 orang anak saya dah kekurangan air.

Kene la masuk air jap dalam 2-3 jam…….

Sementara tu dapat juga result darah…….. kalu ikut gaya siapa yang nampak sihat? nampak macam Danial jer……..

tetapi… alih-alih doktor tahan Danial sebab dia mengalami cirit-borot berlarutan dan muntah2 hingga kekurangan air dalam badan. Jadi doktor nak pantau.

Sudahhnya Iskandar yang demam tu dibenarkan pulang….

ok. saya garu kepala kejap. Lain yang ingin di tahan, yang lain pula kene tahan…..hik3

Jadi masuk la Danial ke wad. Untuk pertama kali Danial kene tahan wad. Emmm…. dapat katil terus tidur. Mungkin dah penat sangat kot.

Kene tahan selama 2 malam jer…….. dan doktor hanya masukkan dalam 2 botol air kot…

Doktor kata salah makan. Kerana kalu keracunan makanan selalu terjadi dalam masa yang cepat. Jadi doktor kata mungkin dari sekolah.

Saya cukup tak suka bila anak-anak kene tahan wad. Dulu dah pernah meras amenjada Zulfadhli gara-gara patah tangan, kali ni Danial pula gara-gara cirit birit.

Lepas kuar wad. Saya dah nasihatkan Danial supaya jangan lagi minum air kat sekolah. Saya dah bekalkan dia 1 liter air… tapi agak payah dia nak habiskan sebotol tu.

Tapi biasalah…. bila kita cakap dia .. yer…yer jer time tu…. kendian emmm. tak ikut dah…..

Selang seminggu, kene lagi cirit birit……….

Kali ni saya bawa ke Hospital Pusrawi jer…… sebab saya tak larat dah nak tunggu kat Hospital Kajang. Sebelum ni pernah buat entry mengenai 7 jam yang saya lalui di Hospital Kajang… kali ni saya nak pendekkan jam tersebut.

Saya terus ke Hospital Pusrawi sebb rasa sakit nya sama macam hari tu. Kekurangan air dalam badan jer. Jadi saya berharap dengan memasukkan air dalam badan dapat memberikan dia tenaga kembali.

Jadi tahan la dia kejap di aras bawah untuk rawatan drip jer…

Lagi senang kot macam ni dari kene tahan kat Wad. Sebab akan mengganggu urusan lain juga. Ialah nak uruskan anak lagi. Nak uruskan yang sakit lagi.

Sebaik selepas 3 jam masukkan 1 botol air. Danial kembali sihat.

 

Tengokla.. sampai pakai kain pelikat. Sebab dia tak tahan nak ke toilet. Senang jer kalu kain tu di londehkan. Dah macam nak berkahatan.

Selepas 2 kali macam ni… saya bising lagi sekali kat Danial. Saya cakap, bila jadi macam ni macam-macam perkara terganggu. Sekolah tak dapat, dah rugi pelajaran pada hari tersebut. Ibu tak keje, dah ganggu kerja ibu. Adik-adik tak terjaga sebab ibu dan ayah gilir-gilir jaga Danial.

Dia hanya diam dan angguk jerla………

Harap-harap selepas ni dia akan berhati-hati apabila memilih makanan dan minuman kat sekolah rendah nya.. dan saya harap anak-anak syaa di jauhi segala penyakit dan juga musibah di mana jua berada…

Ok.. dah panjang pula membebel…jom sambung keje…….hik3

4 thoughts on “Kisah anak-anak bila tidak sihat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s