Tahun bila Malaysia mula mengundi?

Tahun bila Malaysia mula mengundi?

Esok dah 5 Mei 2013…. semua menantikan tarikh tersebut… sebab Hari Mengudi kan?

Sapa tahu, bila kali pertama kita mengundi? Mesti ramai yang tau dan ada juga yang tak tahu…. apa kata hari ni kita belajar sejarah sikit yek…hik3

Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955

  • Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 yang diadakan pada 27 Julai 1955 merupakan pilihan raya umum yang TUNGGAL di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebelum kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.
  • Parti Perikatan  telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan.

Kemudian bermula lah Pilihanraya umum yang pertama untuk MALAYSIA dan pilihanraya kedua di Semenanjung Malaysia pada tahun 1959.

Selepas itu…….

Pilihan raya umum Malaysia 1964

Pilihan raya umum Malaysia 1969

Pilihan raya umum Malaysia 1974

Pilihan raya umum Malaysia 1978

Pilihan raya umum Malaysia 1982

Pilihan raya umum Malaysia 1986

Pilihan raya umum Malaysia 1990

Pilihan raya umum Malaysia 1995

Pilihan raya umum Malaysia 1999

Pilihan raya umum Malaysia 2004

dan 4 tahun sebelum ini iaitu Pilihan raya umum Malaysia 2008, Barisan Nasional kalah teruk pada tahun tersebut.

  • Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 telah dinafikan majoriti 2/3 dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas (iaitu lebih daripada 1/2 jumlah kerusi, tetapi kurang daripada 2/3 jumlah kerusi).
  • Bagi Dewan Undangan Negeri pula, Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta gagal mencapai hasratnya untuk membentuk kerajaan di negeri Kelantan. 
  • Pilihan raya kali ini juga melihatkan kegagalan banyak ahli politik veteran mempertahankan kerusi mereka, antaranya termasuk Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Shahrizat Abdul Jalil, M. Kayveas, Zainuddin Maidin .
  • Manakala kemenangan kerusi Parlimen Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu membanggakan apabila undi majoritinya berkurangan banyak berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2004.
  • Harus diperhatikan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya meraih kemenangan besar di Sabah, Sarawak dan Johor atas sebab rakyat di negeri terbabit masih percaya dan yakin dengan kemampuan Barisan Nasional. Rekod kekalahan Barisan Nasional kali ini adalah yang paling buruk diikuti Pilihan Raya 1969 dan 1999.

dan kini… pada Tahun 2013… esok tarikhnya 5.5.2013

Pilihan raya umum Malaysia 2013, pilihanraya yang ke 13 untuk Malaysia dan yang ke 14 bagi Semenanjung Malaysia…

Adakah Barisan Nasional bakal meraih kembali kemenangan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dan adakah akan ada perubahan di Negeri Kelantan?

Siapa yang bakal memenangi kerusi kali ini? kita nantikan, kerana kempen Pilihanraya kali ini sungguh hebat dan malah lebih dasyat dari tahun sebelum-sebelum nya….

Kita  nantikan sama-sama……………

Selamat mengudi pada semua!

3 thoughts on “Tahun bila Malaysia mula mengundi?

  1. atau mungkinkah kejadian 13 Mei akan terjadi lagi pada tahun neh spt tahun pemerintahan Agung yang sekarang neh? adakah Sejarah Mungkin Berulang? bak kata NewBoyz…hu2. Taw x kejadian 13 Mei? Ha…sila buka balik buku sejarah Malaysia yerk…hu2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s