Baju ajaib bagi golongan sibuk

Baju ajaib bagi golongan sibuk


Baju dihasilkan syarikat Wool and Prince tidak perlu digosok dan dibasuh selama 100 hari,
namun ia tetap kekal bersih, tidak berkedut dan tidak berbau. – Age 

NEW YORK 30 April – Individu yang sentiasa sibuk, terutama golongan lelaki yang tidak berkesempatan membasuh atau menggosok baju sendiri dan terpaksa berbelanja besar untuk menghantar pakaian ke dobi, kini boleh berasa lega kerana sudah ada ‘baju ajaib’ yang memudahkan mereka.

Sebuah syarikat pakaian Amerika Syarikat (AS), Wool and Prince kini tampil menyelesaikan masalah itu apabila menghasilkan ‘baju ajaib’ yang tidak perlu dibasuh dan digosok selama 100 hari.

Menurut jurucakap syarikat itu, baju tersebut diperbuat daripada bulu biri-biri berkualiti dan lebih kuat berbanding benang biasa dihasilkan daripada kapas.

Jelasnya, pakaian bulu itu juga tidak menyerap bau serta mengurangkan tahap bakteria yang melekat pada kulit pengguna.

Malah katanya, pengguna tidak perlu mengosok baju berkenaan kerana bahan yang digunakan tidak akan menyebabkan baju itu berkedut dalam apa jua keadaan.

“Baju yang diperbuat daripada bulu biri-biri mampu bertahan lebih lama berbanding benang biasa.

“Ujian makmal menunjukkan fabrik bulu tidak putus, walaupun selepas ditarik lebih 20,000 kali berbanding benang biasa yang putus selepas ditarik sebanyak 3,200 kali,” jelasnya.

Seorang penguji baju itu, Aaron Flack berkata, dia merenyuk baju tersebut hingga berbentuk bola dan meletakkannya di dalam beg.

“Saya membawa beg berkenaan mengelilingi bandar untuk tempoh yang lama dengan tujuan mengedutkan baju itu.

“Namun, selepas saya membuka semula baju tersebut, ia tidak berkedut dan sedia dipakai pada bila-bila masa,” katanya.

Baju ajaib tersebut mula dijual kepada pelabur pada harga 63 pound (RM295). – AGENSI

Dipetik dari UTUSAN MALAYSIA

3 thoughts on “Baju ajaib bagi golongan sibuk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s