Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir Asean 2013

Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir Asean 2013

PERTANDINGAN SENI SUARA BURUNG KETITIR ASEAN KALI KE-2/2013
Tarikh : 13 & 14 APRIL 2013 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 tengahari
Tempat : Dataran Lembah Sireh, Kota Bharu

LATARBELAKANG

  1. Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir sebelum ini merupakan salah satu acara rasmi Kerajaan bagi merayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan semenjak tahun 2001.
  2. Pada tahun 2011, pertandingan ini telah berjaya mencipta rekod penyertaan sebanyak 1,019 ekor burung ketitir dan telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai pertandingan spesis burung terbanyak di Malaysia.
  3. Pada tahun 2013 ini, di anggarkan seramai 800 penyertaan  melibatkan peserta dari peminat tempatan, luar Kelantan, Thailand, Indonesia dan Singapura. Pada tahun ini juga pertandingan ini dilangsungkan buat pertama kalinya di Dataran Lembah Sireh, Kota Bharu berubah tempat dari gelanggang asalnya di Gelanggang Seni Suara Burung Lubok Jong, Pasir Mas.

OBJEKTIF

  1. Salah satu usaha penggalakan kepada peminat burung ketitir tempatan untuk mengekalkan tradisi rakyat Kelantan dari terus dilupakan generasi baru.
  2. Program ini juga dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum di Kelantan di samping mengukuhkan hubungan di antara peminat-peminat burung ketitir rantau Asean yang sudah terjalin sekian lama.
  3. Menjadikan Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir sebagai platform produk pelancongan unik serta tarikan pelancong ke Kelantan. Ianya juga secara tidak langsung dapat  mempromosikan kebudayaan dan kesenian negeri Kelantan kepada masyarakat Malaysia serta pelancong asing.
  4. Pemelihara burung ketitir boleh menjadikannya satu peluang perniagaan kepada     pengusaha-pengusaha dan bukan sekadar hobi sahaja.

 Semua di jemput hadir memeriahkan majlis tersebut.

4 thoughts on “Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir Asean 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s