Sepanjang 7 jam yang dilalui….

Sepanjang 7 jam yang dilalui….

Salam…..

Semalam adalah hari yg mendebarkan…mana x berdebar..tetiba dapat call dari Day Care Iskandar kata dia x sehat.

Muntah2 sampai kaki jadi putih…pas dapat call dalam pukul 10.50 pagi..terus balik dan pecut ke Day care Iskandar.

Sampai jer sana..dia dah lembik badan…dan muntah untuk kali yg entah ke berapa dah… keluar warna kuning…arghhhh. .saya tengok pun dah risau.

Terus bergegas ke Hospital Kajang sebab kalu pergi Klinik saya rasa mesti setakat bagi ubat tahan muntah dan air garam…tu yang saya terus ke Hospital. .mugkin Doktor boleh buat pemeriksaan lebih lanjut.

Sampai sana dalam pukul 12.00 tengahari. .terus ke Kecemasan dan menuju ke kaunter Penyaringan 1 dahulu. Kaunter Penyaringan 1 ni hanya perlu bagi butir2 penyakit. .mereka akan nilai sama ada kecemasan atau bukan kecemasan

Kemudian pergi ke kaunter 5 untuk mendaftar…adeh baru teringat. .x bawa kad pengenalan Iskandar pulak. ..jadi terpaksa la salin butir2 peribadi dengan sendirinya…

Sebaik ada buat simpanan nombor kad pengenalan anak2 dalam hp. Selepas isi borang, bayar RM1 dan dapat nombor. Masa tu nombor yang ke 2053. ..

Selepas beberapa minit nombor naik, kene pergi ke kaunter 5… untuk pemeriksaan sebelum berjumpa doktor. ..

Check suhu badan…tekanan darah dan tanya serba ringkas apa permasalahan…. selepas itu kene la tunggu di luar sebelum di panggil bertemu doktor.

Jadi di tempat menunggu inilah bermulanya ‘penantian penuh seksaan’ dan ‘sabar itu separuh dari iman’

Bila duduk di ruang menunggu yang air cond nya hangat2..dimana x rasa sejukkkkkk dan juga tiada apa2 hiburan walaupun tv chantikkkk tergantung kat ruang tamu…

Melihat juga gelagat pesakit dan juga bukan pesakit di mana yang bukan pesakit pun duduk…tapi yang sakit pula berdiri tanpa rasa bersalah nak bagi untuk yang sedang dukung anak kecik untuk duduk…

Dalam waktu menunggu tu…adalah juga Iskandar muntah2 dalam 3 kali… sampai tertidur2 la dia…

Sempat la juga saya tinggal kan dia sekejap untuk membeli makanan dan minuman serta melakukan beberapa perkara sementara menunggu nombor naik….

Selepas 3 jam…dalam pukul 3.20 petang baru lah nombor saya naik…..

Masuk jer dalam bilik pemeriksaan. .. ya allah. . punya la banyak nombor yang menunggu lagi..dan hanya ada 2 -3 doktor jer yang merawat….

Bila dah lama menunggu. .apa yang korang rasa? ? Iskandar dari dah lembik badan. . Bila dah tido dan makan…kurang la sikit demamnya serta dah x muntah2 lagi… dan waktu tu saya rasa dah tawar hati nak teruskan rawatan.

Yer saya tahu….kalu x nak lama pergi jer swasta. ..tapi saya tetap nak ke Hospital Kerajaan juga. .. bila jadi gini ngomel. …

Saya bagitau begini supaya pihak berkenan sila la peka sedikit…sebaik muntah2 gitu aja..kalu benar2 teruk dan serius ada x ambik port pesakit diluar yg sedang menunggu?

Bila dah buat pemeriksaan. . Doktor sarankan ambik ujian darah sebab takut denggi atau lain. ..tetapi kene tunggu lagi 2 jam!

Hah?? 2 jam? …ok..saya kata x perla… saya nak pulang sebab saya tgk anak saya dah kembali sihat cuma demam aja..dan saya mohon ubat demam sahaja. Masa tu waktu dah hampir pukul 4.30 petang dan saya jangkakan mesti selesai malam… sebab itu saya tolak sebab letih menunggu lagi…

Doktor tu minta saya tandatangan surat penolakan ambil ujian darah atas kemahuan sendiri supaya jika ada apa2 yg terjadi pihak Hospital tidak bertanggungjawab.

Masa Doktor tu tanya ada penyakit ker tidak..dan saya sebut G6PD. .barula Doktor tu panggil Doktor Pakar Kanak2 tuk dirujuk..dan dalam masa yang sama Doktor Pakar tu terus minta masukkan ‘drip’ dan terus ambik darah untuk ujian…

Eh..boleh pun dalam masa yg cepat ambik darah..tadi dengar dia cakap kene tunggu lagi dalam 2jam tuk pengambilan darah.

Selepas tangan Iskandar dimasukkan jarum tuk ambil darah dan masukkan air… kini kene tunggu pula keputusan ujian darah tersebut. ..

Sempat la lagi Iskandar makan dan minum lagi…tapi dah x muntah2 lagi dan selepas masukkan air dalam badan..dia nampak kembali sihat. .suhu badan dari 39′ selsius dah turun ke 37′ selsius sahaja….

Dan keputusan darah nya pun NORMAL dan tiada apa2 yang mencurigakan….

Dan selepas 2 jam….akhirnya Doktor benarkan pulang selepas puas hati dengan perkembangan Iskandar yang semakin sembuh. ..

Dapat slip ambil ubat di farmasi dan dibekalkan ubat demam dan 3 botol ubat antibotik. ..

Dalam pukul 7. 15 malam selesai urusan saya di Hospital Kajang…..

Kira2 7 jam juga saya berada di Hospital untuk urusan pemeriksaan dan rawatan.

Emmm. .benarla ramai yang merungut tentang perkhidmatan Hospital Kerajaan yang sangat teruk dan lama terutama waktu menunggu. ..

Tetapiiiiii…walaupun teruk dan lama..tetap ramai yang datang berkunjung… terutama macam saya..dari mengandung anak pertama sehinggla bersalin anak ke 4….tetap dapatkan perkhidmatan dari Hospital Kerajaan walaupun tahu hakikat nya menyakitkan…

Agak2 kenapa yek ramai yang berkunjung dan mendapatkan perkhidmatan dari Kerajaan? ?

Kenapa yek??

Ok..sekian la ngomelan saya yang panjanggggggg lebar..hik3

9 thoughts on “Sepanjang 7 jam yang dilalui….

  1. Kalau x berjam jam x sah salah satu faktor masalah kewangan….. Yang utama …. Dlu penah juga alami arfa naik gatal2 sampai gatal2 sampai surut gatal2 tue huhu itu dekat ppum

  2. kalau ada duit lebihan, ambillah medical card satu utk iskandar. nnti senang. segala urusan dr segi tempoh menunggu dan warded cost akan dipermudahkan. jika ingin maklumat lanjut boleh hubungi sayaūüėČ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s