Huggies Dry Pants ‘Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai’

Huggies Dry Pants ‘Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai’

Bila anak dah masuk 4 ni.. kalu boleh nak buat kerja semua nak senang kan?

Ialah.. sebab dah ramai yang membantu kat rumah… Untung la Huzaiman, sebab dia jer yg paling kecik jadi ramai la abang-abangnya yang suka membantu serta tak lupa juga membuli Huzaiman.

Sekarang tinggal Huzaiman jer memakai lampin pakai buang…… yang lain semua dah besarkan… masing-masing dah pandai pakai seluar dan baju sendiri, malah makan pun sendiri……

Sejak dari zaman Danial saya memang menggunakan Huggies ni. Sangat selesa ok.

Jadi bila lahir jer si Huzaiman, saya tak perlu fikir panjang untuk memilih pakai lampin apa yang sesuai untuk dia…… terus jer beli siap2 Huggies untuk dia. Ialah masa kecik-kecik ni la kulit anak2 saya jadi sangat sensitif…. jadi penjagaan yang sempurna akan mengelakkan ruam di punggung anak2.

Kini Huzaiman dah berusia 1 tahun 7 bulan, umur ni dah pandai berjalan, melompat, memanjat dan berlari….. jadi agak susah juga nak memakaikan lampin pakai buang untuk dia.

Asal nak pakaikan lampin pakai buang ni, dia mesti lari……. adeh. penat ok nak mengejar nya…..

Adakala saya akan minta si abang untuk memakaikan lampin pakai buang untuk adiknya….. Ialah saya pun adakala banyak juga kerja nak dibuat, jadi minta dahulu abangnya pakaikan supaya adiknya tidak membuang air kecil dimerata2 tempat.

Sebaik Iskandar dah reti, malah dia selalu aja meng’offer’kan untuk pakaikan dan bukakan lampin pakai buang adiknya.

Tapi kalu suruh abang-abangnya pakaikan….. macam ni la rupa lampin nya….. tak begitu kemas la pula.

Selalu selepas mereka pakaiakan, saya pula akan kemaskan supaya lampin tersebut tidak luruh atau tertanggal pita pelekat nya.

Mujur ada Huggies Dry Pants, memudahkan kerja saya dan juga kerja abang-abangnya bila membantu saya.

Lihatla…. agak mudah bila Iskandar cuba menyarungkan Huggies Dry Pants walaupun ketika itu Huzaiman menangis2 ingin melarikan diri.

Dengan sekali sarung dan lepaskan ia, Huggies Dr Pants telah sedia tersarung!

Lihatla begitu senang dan mudah bila anak saya yang berusia 6 tahun mampu melakukan kerja2 menyalin dan menyarungkan Huggies Dry Pants pada adiknya! Mudah kan!!

Bila di sarungkan Huggies Dry Pants ini memang selesa la untuk Huzaiman bergerak ke sana sini. Saya pun tak perlu risau lagi jika lampin pakai buang nya terlondeh atau terbuka pita pelekat nya dengan sendiri.

Memang sangat comel bila menyarung Huggies Dry Pants ni, mengikut bentuk punggung anak, tiada kebocoran malah membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa Huzaiman  sedang bergerak aktif!

Oh ya……….untuk menanggalkan Huggies Dry Pants ni pun amat mudah! Hanya koyakkan bahagian tepinya dan sudah tertanggal.

Jadi, betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas!

Dengan adanya Huggies Dry Pants ini memang amat memudahkan saya untuk menukar lampin pakai buang Huzaiman walaupun berada di mana-mana.

Sebab itu saya sentiasa membawa Huggies Dry Pants kemana-mana. Hanya sarungkan semasa berdiri pun boleh tanpa perlu membaringkan Huzaiman, jadi kerja menukar lampin menjadi lebih senang da memudahkan kerja hariain saya!

Kenapa saya kata senang dan mudah? Cuba bayangkan tetiba lampin pakai buang anak penuh, maka memerlukan penukaran dengan serta merta, haaaa…….. dengan Huggies Dry Pants korang boleh tukar tak kira walaupun anda berada….

Di dalam kereta? Tandas awam jauh? Di kenduri kahwin?

Apa susah,koyak, salin dan lepaskan aja

Tengok, tak perlu susah2 nak cari toliet, yang penting jangan lupa bawa sekali tisu pelembab bayi untuk membersihkan sisa-sia kekotoran di punggung anak untuk lebih keselesaan anak yek!

Tapi kalu anak membuang air besar tu kene la g toilet juga kan.. mana boleh koyak, salin dan lepaskan aja, nanti tak bersih pula….hehehe

Jadi bagaimana nak cuba ker? ker ada yang dah pernah cuba?

Haaaaaa…..pada yang belum cuba lagi, dan nak cuba dahulu Huggies Dry Pants ni dahulu boleh aja minta sample seperti di atas di http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx

Mana tahu selepas dah cuba korang akan tertarik dan boleh la terus beli kan?

Jadi pada yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk Huggies, atau apa jua acara yang dijalankan oleh pihak Huggies, boleh layari Facebook Huggies Malaysia

 Dengan Huggies Dry Pants, anak selesa, ibu gembira! Tukarla untuk lebih senang dipakai!

9 thoughts on “Huggies Dry Pants ‘Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai’

  1. Memang senang pun kalau guna pants ni… cuma kalau anak yang byk kencing payah sikit, terutama masa tidor. Kalau tido nye mengiring pasti bocor…. kalau byk air kencing la🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s