Saiful Nang sudah FAKIR

Saiful Nang sudah FAKIR

Pengumuman dari Saiful Nang FB :

Kami berharap dengan pengumuman ini, syarikat kami tidak lagi disuakan dengan tawaran-tawaran rasuah bagi mendapatkan projek bagi menjaga kesucian rezeki warga asnaf & anak yatim. Alhamdulillah, Colours of Asia Sdn Bhd (syarikat yang mengasas dan memiliki jenama CandidSyndrome International) telah hampir 8 tahun penubuhannya. Dari bermodalkan RM90 sehingga mampu memberi pulangan yang sangat baik sehingga mampu mewujudkan 4 syarikat terbitan (anak syarikat) pada masa ini dan sangat aktif dalam bidang-bidangnya. Saya dan rakankongsi saya, Azman Salikin telah menjalankan syarikat ini dengan sepenuh jiwa dan raga kami. Kumpulan syarikat Colours of Asia Sdn Bhd sudah menjadi kebanggaan kami.

Tetapi, apalah lagi yang buatkan kami lebih gembira. Dengan sedikit kecukupan yang diberi ke atas rezeki kami, dengan ini kami ingin membuat pengumuman rasmi seperti yang berikut

AKAD UMUM

Dengan Nama Allah, saya secara rasminya bersama Azman Salikin (rakankongsi) mengishtiharkan bahawa kami melepaskan keseluruhan pegangan saham kami 100% didalam kumpulan syarikat Colours of Asia Sdn Bhd beserta segala aset keseluruhannya kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (Rumah Asnaf & Anak Yatim) .

Dengan itu juga, secara rasminya kami dilantik semula menerajui syarikat ini atas kapasiti proksi dan sebagai pengurus harta asnaf & anak yatim. Perniagaan berjalan seperti biasa dan hanya pemilikan saham atas syarikat ini sahaja yang telah diwakafkan secara kekal (permanent) dan saya juga Azman masih tetap meneruskan perniagaan ini sebagai orang yang “makan gaji” sahaja.

Untuk pengetahuan umum, Rumah Pengasih Warga Prihatin di Kajang & Sg. Pelek adalah pertubuhan kebajikan yang tidak pernah membuat gerakan derma sebaliknya menjadikan perniagaan sebagai wadah saraan semenjak tahun 2005 lagi. Ada yang menderma diterima dengan hati yang terbuka, walaubagaimanapun meminta-minta adalah satu pantang larang besar mereka bagi menjaga air muka warga asnaf & yatim di sana.

Dengan itu juga, kami berharap walaupun saham Kumpulan Syarikat Colours of Asia Sdn Bhd telah diwakafkan, kami tetap berjalan atas dasar merit melalui performance kerja dan bukannya atas dasar simpati. Semoga Allah memberkati semua pelanggan-pelanggan kami yang secara tidak langsung sebenarnya mensiddiqkkan apa yang pertubuhan kebajikan ini lakukan dengan bayaran yang anda berikan kepada kami atas perkhidmatan juga produk-produk kami keseluruhannya.

Dalam kata lainnya, kami mengumumkan…

ANA FAKIR!
Alhamdulillah

Saiful Nang & Azman Salikin
Pengerusi Eksekutif & CEO
Kumpulan Colours of Asia Sdn Bhd

 **************************

 

Semoga rezeki Saiful Nang semakin bertambah…dan bertambah.. AMIN

2 thoughts on “Saiful Nang sudah FAKIR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s