[RESEPI] Sambal udang versi Sumijelly

[RESEPI] Sambal udang versi Sumijelly

Ok.hari tu dah share resepi Ikan Siakap Kukus kan? kali ni nak share Udang Sambal pula….

Udang ni makanan kegemaran anak saya si Danial….. kalu boleh dia suka yang pedas-pedas. Kalu tak pedas dia mesti komplen, kenapa tak pedas. Sangat suka bila anak makan masakan kita kan?

Macam kita la.. kalu mak masak mesti sedap dan power. orang lain tka boleh lawan. Jadi kini gilirna saya pula anak memuji masakan ibunya…hik3

Bahan-bahan :

  • Udang dalam 20 ekor
  • Bawang merah dan putih di tumbuk
  • Sambal kering yg di kisar dalam 7 sudu
  • Sedikit garam
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit gula melaka

Cara penyediaan nya :

  •  Tumis bawang putih dan merah sehingga garing, kemudian masukkan  cili kering dalam 7 sudu
  • Masak sehingga pecah minyak
  • Masukkan pula garam, air asam jawa, gula melaka dan masak sehingga sebati

  • Akhir sekali masukkan udang dan gaulkan bersama cili yang telah di perasakan tadi.
  • Masak sehingga udang masak….. selepas tu angkat dan hidang
  • Sedia untuk di makan bersama nasi panas!
    *******************************************

Ni cara saya masak…. tak menggunakan gula pasir dan juga belacan. Saya tak bubuh pun bawang besar, sebab kalu letak pun sudahnya yang makan saya sorang, jadi ada kala saya tumbuk bersama dengan bawang merah sekali… senang…

Sebenarnya ada kisah di sebalik masak sambal ni…. dulu masa baru kahwin saya tak berapa reti masak, puasla ikut arahan dan sukatan tapi bila dah masak akan rasa kelat, masin, pahit dan kadang2 tak masak…….hahahaha

Jadi saya cuba..cuba dan cuba lagi…. akhirnya kini saya tak perlu ikut sukatan langsung…. main campak2 ikut sesuka hati.. malah suami dan anak2 siap puji lagi……..hahaha

Jadi pada mereka yang tak reti nak masak cili ni jangn aputus asa untuk cuba..cuba dan cuba.. dan akhir sekali niat utama kita masak untuk anak dan suami makan…. insya allah, masakan itu akan jadi lebih manis dan sedap sekali walaupun buruk bila di hidangkan!

Insya allah… itu jer tips yang boleh saya kongsikan.. ok.. nanti2 saya share resepi lain pula yek!

5 thoughts on “[RESEPI] Sambal udang versi Sumijelly

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s