Kamera Samsung Galaxy yang unik!

Kamera Samsung Galaxy yang unik!

Bila sebut Kamera mesti orang ingat ia kamera biasa, tapi tidak pada Kamera Samsung Galaxy ni. Sebab kameranya mempunyai fungsi andriod sama seperti telefon pintar samsung yang lain.

Bezanya ia tidak boleh membuat panggila telefon sahaja!

Begini la bentuk Kamera Samsung  Galaxy yang saya terima. Ada bateri dan charger, maklum la dah nama pun orang bagi pinjam, jadi saya dapat yang asas sahaja……hik3

Terdapat slot tempat letak SIM KAD dan juga KAD MEMORI. Sim kad tu untuk penggunaan internet. Bukan untuk panggilan call.

HDMI dan  USB cable pun ada juga… jadi boleh terus sambung ke TV untuk menonton video

Apa yang membezakan ia dengan kamera pada telefon pintar adalah dimana ia didatangkan dengan sensor sebesar 16-megapixel selain dilengkapi dengan sokongan zoom sehingga 21x.

Bagi mereka yang selesa dengan tetapan manual juga, korang boleh mengubah tetapan pada Galaxy Camera, dan membuat lebih banyak rakaman menarik melaluinya.

Merupakan kamera pertama Samsung yang dilengkapi bersama teknologi Connected Camera dan digabungkan dengan kelebihan ciri fotografi berprestasi tinggi.

 

Antaranya adalah kebebasan sambungan jaringan Internet 3G dan WiFi yang dijana oleh Android™ 4.1 (Jelly Bean) sebagai platform utama.

Kamera Samsung Galaxy juga menawarkan aktiviti merakam imej, keseronokan, menyunting, perkongsian imej berkualiti tinggi dan video ‘on-the-spot’ dalam satu peranti sahaja.

Bagi mengelakkan aktiviti Internet menerusi kamera Samsung Galaxy menjadi perlahan ketika waktu puncak, ia turut dilengkapi bersama teknologi Dual Band dan Channel Bonding.

Ini sekali gus memudahkan jurugambar untuk memuat naik imej ke laman sosial terkenal mereka seperti Facebook, Twitter, Pinterest dan Instagram.

Untuk mereka yang dah serasi bersama fungsi Samsung yang lain, mesti tak rasa kekok bila memegang kamera ni.

Fungsinya hampir sama dengan kamera pintar yang lain, dari segi aplikasi serta setting yang lain. Semua hampir sama….

Boleh juga baca arahan yang terdapat di kamera ini.

Boleh tekan INFO untuk maklumat lanjut pada kamera tersebut….

Apa ang menariknya dengan kamera ini, terdapat fungsi DSLR yang mungkin seakaan dengan kamera DSLR sebenar.

Pada yang tahu fungsi DSLR mungkin akan tertarik untuk ‘explore’ lebih lanjut.

Terdapat banyak SMART Function yang ada di aplikasi kamera ini.. boleh pilih pelbagai mode untuk merakam gambar.

Dan yang seronok nya……… boleh zoom sehingga 21x

Wah…… menarik ker tidak?? menarik kan?  sebab lepas ambik gambar leh terus post kat FB, Twitter, Instagram dan memacam lagi la….

 Hanya yang membezakan adalah tidak boleh buat panggilan telefon sahaja.. yang lain semua boleh…. jadi tak der la terganggu nak guna kamera … kalu yang guna HP sebagai kamera ni  agak terganggu, ngah syok2 ambik gambar telefon berbunyi…..ha… kan dah terganggu…hik3

Untuk pasaran Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1899, dan tiada sebarang pakej daripada syarikat telekomunikasi tempatan buat masa ini.

Jadi sila la jenguk ke kedai2 yang mana tahu menawarkan pakej yang lumayan.

8 thoughts on “Kamera Samsung Galaxy yang unik!

  1. ada test pergi kedai cuba pegang camera ni , gambar dia memang cantik sangat kak .. suka la kalau dapat FREE sebijik haha .. jd gila gadget dah pula ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s