Menjamu selera di Island Steamboat, Kg Melayu Subang

Menjamu selera di Island Steamboat, Kg Melayu Subang

Ini cerita awal tahun baru tu hari…… bulan ni baru berkesempatan nak tulis….macam mana ni… entry dah tunggang langgang yang awal di lewatkan, yang lewat di awalkan…hik3


Sebenarnya acara makan-makan ni adalah dari opis my IR punya…. saya ni tukang ikut jer…

Lagi pun tak pernah pun makan di Island Steamboat ni…selalu dengar sahaja.

Sampai-sampai tetamu sumer dah ramai yang datang, jadi saya terus ambil makanan dan masak. Lapar ok… udah la lama tempuh jem..dengan hujan, dengan penat balik keje….hik3

Nasi mesti ambik……..sebab nak suap Huzaiman……..sebaik la nasi goreng nya sedap…….. jadi kenyang la juga makan…

Jom tengok sekitar Island steamboat ni….

Antara menu yang ada untuk steamboat ialah…ayam, udang, sotong, daging, dan yang lain-lain macam young tau foo punya menu…

Saya suka ambik ayam black paper tak silap…..siap ambik ulang-ulang lagi,..lagi dan lagi….hik3

Ni pula hidangan Nasi goreng, mee, Kuey Teauw goreng, nasi lemak pun ada….

Di bahagian ujung sekali sos cili, sos tai, sos kicap eh..berbagai sos la.. untuk penambah perisa steamboat tu la…

Terdapat juga air panas… seperti tea dan kopi.

Hanya perlu tambah krimer dan gula sahaja………sila layan sendiri la kan…….

Air sejuk juga di sediakan. Mereka bagi 1 jug untuk setiap meja, jadi kene tambah sendiri la.

Masa saya datang hari tu mereka hidangkan air oren.Tak tau la kalu mereka tukar-tukar perisa untuk hari2 lain….

Anak-anak macam biasala……….makan nya kurang, main jer lebih. Makan ala kadar, padahal waktu tu dah lewat masa makan….

Boleh mereka makan cepat2 sebab nak kejar main game jer……..ishk…. sabar jerla..

Tapi elok juga..sekurang2 nya mereka tak merayau2 di sekitar tempat tu… maklum la.. tong gas merata2..risau jerkan…

Ni meja saya bersama tetamuu yang lain….

Banyak juga saya makan.. sebab bukan majlis saya, jadi masa untuk bersantap tu adalah kan.So sangat seronok makan  jer…. My IR sibuk melayan tetamu. Sebab dia adalah tetamu jemputan yang pada hari tersebut…Jadi dia kurang dapat merasa semua makanan..keh3

Sebahagian tetamu yang hadir…. kebanyakkan adalah pekerja2 yang bekerja bersama2 dengan my IR…

Jom lihat sekitar kawasan nya pula……..

Tempatnya memang besar, tapi penuh…… ada dalam 3 port la…

Kalu nak datang situ sebaik-baiknya booking la.. kerana memang ramai yang datang makan malam di situ…

Tapi masa saya nak pulang dalam pukul 9.30 malam kot…ramai juga tetamu yang dah beransur… rasanaya kalu datang selepas pukul 9 malam, tempat mungkin banyak yang kosong la…

Ini la kawasan ambil makanan dan minuman… di tengah2…

Di kelilingi ruang makan…. jadi agak strategik la nak ambik makanan.. sebab kat tengah2.. tak jauh dan tak la terlalu dekat juga…hik3

Ok……acara penyampaian hadiah… sebenarnya ada beberapa orang juga yang dapat…..tapi tak sempat lak snap… jadi sapat snap gambar my IR jer…

Sebenarnya my IR cuti belajar sepenuh masa, jadi kira ni majlis meraikan pemergiannya la..hik3

Dapatla frame al-quran, sampai sekarang belum gantung lagi.. asyik tak menyempat jer..hik3

Setelah habis makan…makan..minum..minum.. dan juga bagi hadiah.. selesai sudah majlis nya…

Ok..dapat la juga saya ke sini, selalunya asyikla dengar dari mulut dan juga baca blog orang tentang kemasyuran Island Steamboat ni kan…

Tak sah kalu tak tau harga nya kan….

Tu harganya… kalu rasa2 nak datang dah boleh budgetkan?

Boleh la datang mencuba steamboat di sini….

ISLAND BBQ STEAMBOAT
Lot 3370, Jalan Kemboja,
Seksyen U5, Kg Melayu Subang,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

website : http://islandbbqsteamboat.wordpress.com/
 

TEL: (+6) 012 6 8000 41
GPS : N 03  09.746?   E 101  31.765?

Ini pula petanya :

 

http://islandbbqsteamboat.files.wordpress.com/2011/04/location-map.jpg

 

Agak jauh juga saya nak ke sana. Masa saya ke sana,adalah selepas waktu kerja, jadi jalan masa tu tengah sibuk la sikit…cuma selepas melalui Lapangan Terbang Subang, jalan agak lengang la sikit. Mungkin kebanyakkan pemandu nak menuju ke arah KL..

Saya keluar selepas pukul 7.35 ptg.. samapi sana dalam pukul 8.30 malam… tu pun guna GPS…

Tapiii kalu datang awal pun tak per, sebab di sana di sediakan surau juga.Tandas awam nya pun sangat bersih, terjaga… jadi boleh la juga dapat parking yang dekat. Jika tidak kene parking jauh atau di tepi2 rumah orang….

ok……tak sah kan klau tak ambik depan papan tanda, tapi macam biasala… kalu bukan sendiri yang ambik, gini la jadinya…… gambar saya gak tak nampak….

Jadi pada sesiapa yang teringin nak cuba boleh la…….tapi kalu dari jauh nak ke sini semata2 saya rasa agak tidak berbaloi. sebab pilihan makanan nya agak terhad dan juga agak jauh.

Jadi baik la pergi yang berhampiran dengan kawasna kediaman, tak sakit akki nak tempuh jem kan?hik3

Tapi lain orang lain pendapatnya kan? Ada yang dah pernah datang di sini? Mana tahu leh share sikit pengalaman?

6 thoughts on “Menjamu selera di Island Steamboat, Kg Melayu Subang

    1. kira murah kalu duduk sekitar situ sbb tak perlu bayar toll, minyak dan habiskan masa atas jalan raya…

      Kalu jauh sgt tak berbaloi.. nak jimat dari terlebih banjer…hik3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s