Menjamu selera di Mangiamo Cafe, Taman Ekuiestrian Park, Putrajaya

Menjamu selera di Mangiamo Cafe, Taman Ekuiestrian Park, Putrajaya

Update!! update!!

Lama juga tak update tempat makan di Putrajaya…….hahahaha…….. tapi ni citer tahun lepas la.. tak sempat blogkan… jadi hari ni berkesempatan nak publish…heheh

Macam biasa……. jarang keluar makan seorang……. makan berjemaah lebih baik dan afdal….kerana adakala terpijak rezeki di hari makan boleh jimat belanja makan…….hahaha

Ok……. kali ni member opis ajak makan kat Taman Kuda……… ohw?? taman kuda……….hahahaha………. Taman Ekuiestrian Park yang terletak di Putrajaya.

Nak ke sana senang aja……….. sila lalu flyover yang menuju ker PICC, nanti ada traffik light selepas naik flyover. Traffik light pertama sebelah kiri g PICC (laluan  pertama) sila u-turn di situ dan terus ambik simpang kiri

Nanti akan nampak sign board menuju ke TAMAN EKUIESTRIAN PARK di belah kiri anda, dan ikut jer laluan situ. x akan sesat punya la…hik2

Peramah betul pekerja di kafe sana…. sambil buat kerja beramah tamah ngan kami di situ..

Kami di beri menu makanan…. chantik cover menu.. gambar kuda gitu…… habis tu dah tempat makan jer di Taman Kuda kan??

Meh tengok apa menu yang ada di situ :

 

 

 

Dah tengok menu…… kami pun buat pesanan……  sambil2 tu tinjau sekeliling kafe ni. Tak ramai orang yang datang. Sama ada tak tahu kewujudan kafe ini atau kerana belum ramai yang lapar seperti kami…hik3

Rasa ada ambik gambar suasana dalam kafe ni……..tapi x jumpa pula gambar nya. mungkin terdelte kot…. jadi maafkan saya tak dapat tunjuk gambar sekeliling kafe ni.

Tapi yang nyata… luas, leh makan reramai… sebab ada meja macam leh muat tuk 10 orang kot…

Ok… dah la.. malas nak citer panjang….. meh tengok apa menu yang kami order……..

Nasi Goreng Mangiano – RM 23.00 + Air Tembikai – RM5.00

Ada ayamg goreng seketul, telur goreng sebiji, keropok goreng sedikit…..

 

 Nasi Goreng Mangiano – RM 23.00 + Ice Blended – RM8.00

Ada ayamg goreng seketul, telur goreng sebiji, keropok goreng sedikit…..

 

Ishk………. nak tayang gak ice blended korang………..sedap ok air nya………hahahaha

Rasa macam nak tambah lagi………tapi orang kata jangan tamak…. nanti kalu minum kali ke 2 mesti tak habis…….hahahaha

 

Fish and Chip – RM14.00 + Ice Blended – RM8.00

Ok la…… fish and chip nya besar…. nak menghabiskan nya memang senak gak.

Puas ati la juga…

 

Chicken Chop- RM 17.50 + Mineral Water (bawa sendiri)

Rasa black papper dia sedap. pekat, tak cair… memang licin la habis…….

Mineral bawa sendiri kalu rasa nak jimat wang anda…….hahaha

 

Ok liciiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnn……………. tulang pun tak ada ok.

Memang buruk lantak atau kebulur kot semua…….hahaha… tapi yang nyata memang hebat-hebat makanan di sini *sila faham sendiri yek…hik3. Jadi untuk bertukar angin sekali sekala…… boleh la datang menjamu di situ…hahaha

Masa nak ke kaunter bayaran, baru pasan ada kek pula……. ishk…… macam mengiurkan jer kan?

Tapi tak beli pun. Tengok jeww………..hehehehe

Selesai sudah makan, kene la buat bayaran kan………

Hengat sorang jer yang ramah tamah…. rupa2 nya semua pekerja di situ memang di ajar tuk ramah tamah la…….. nak membayar pun sempat lagi berborak.

Dan jang tak percaya, pekerja KERAJAAN dapat DISKAUN ok. Cuma kene tunjuk ID STAFF sahaja semasa nak buat bayaran………..hehehe

Jumlah keseluruhan = RM71.70

 Harga tersebut setelah di tolak 15% diskaun ok.

Tapi kene gak bayar 10% service charge…huhuhuhuh

Kalu sempat, leh g ke belakang kefe ni. Ada gelanggang kuda ala2 pelumbaan tu.

Kalu ada kuda leh la joint sekaki tengok……. ni tidak ada……. jadi tengok rumput jerla yek……

Ok….sebelum balik, sempat la snap gambar di luar. Ok.. lupa bagi tau… kat luar pun ada ruang makan gak……..hehehehe

Jadi tak perlu la risau kalu penuh di dalam…… bezanya korang hanya berkipas sahaja la…….

Jadi pada yang nak merasa, mencuba, menikmati makanan di situ, sila la ke  :

Presint 5
Putrajaya
62000, Wilayah Persekutuan
Malaysia

Tel : 03-88886080
Fax : 03-88888699/88888669

Waktu beroperasi : Mangiamo! Café (8am – 10pm)

FB : Taman Ekuiesterian

 Jadi selamat menjamu selera yek kengkawan!

3 thoughts on “Menjamu selera di Mangiamo Cafe, Taman Ekuiestrian Park, Putrajaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s