Menjamu selera di Al Zahara Restaurant, Bandar Baru Bangi

Menjamu selera di Al Zahara Restaurant, Bandar Baru Bangi

Emmm…….citer tahun lepas aci tak nak citer lagi?keh3…..

Area rumah saya ni banyak kedai yang tumbuh bak cendawan,,,,tapi nak mencuba semua kedai tu yg masalah…sebab duit tak tumbuh macam cendawan gak…keh3…

Jadi…ujung tahun lepas…berkesempatan la kami mencuba Nasi Arab dari Restoran Al Zahara ni…

Sampai-sampai… saya diberikan menu makanan untuk di pilih…

Meh la kita tengok antara menu-menu yang terdapat di Restoran Al Zahara ni…. tak semua menu saya sempat ambik gambarnya… saya hanya ambik menu yang biasa kita makan jer….

Menu dah tengok dan baca kan….

So masa memilih pula… alahai.. my IR ni telek punya lama..lambat tul nak pilih menu makan… jom tengok menu untuk air pula….

Air nya standard la kat mana2 kan…. mesti ada air sejuk dan air panas…… eh .. murah pula mineral water kat sini.. selalu kalu kat kedai lain sure charge RM1.50 sebotol… tapi kat sini.. RM1 aja…hik3

Huzaiman standard la.. asal keluar mesti tidur… pas tu kang time orang sibuk2 nak makan sure jaga….  memang saja jer kan dia.. macam tau2 jer time nak makan jaga…

Bukan nak tunjuk Zulfadhli duduk kat kerusi baby tu… tapi nak tunjuk dapur dia…

Ha… tu nampak kan tingkap kecik.. kat situ la segala makanan di hantar untuk di hidang kepada pelanggan restoran ni….

Sebelah ujung sana tempat basuh tangan dan tandas yek… tapi tempat basuh tangan dia sangat becak… so bahaya tul kalu suh anak2 g seorang… takut tergelincir la ….

Masa saya datang tak ada orang langsung… selepas saya order terus tetiba ramai orang… eh.. betul la.. pergi la memana… kalu kami nak makan.. masuk kosong..pas order tetiba ramai orang datang…api

Macam kami ni datang membawa rezeki orang pula…. aminnn………..

Tapi x per… jangan risau tempat sangat luas.. kat dalam penuh.. di luar pun boleh juga makan…….

Ok…dah..dah.. makanan pun dah di hidangkan.. meh ler nengok apa menu saya pesan…


Mandy Lamb – RM18.00


Mendy chiken 1/2 chiken – RM 14.00


Air Milo + Nescafe + Mangga

Tengok… kan dah cakap… time makan terus bangun… macam tau2 aja nak makan….

Dengan muka mamai-mamai… terus kasi nasi….hahahahahaha… kijam ibunya…

Nasi nya sangat banyak… kami hanya order 2 pinggan jer dan selebihnya minta 3 pinggan kosong tuk di bahagikan nasi nya….

Kenyang betul makan walaupun 2 pinggan… kambing nya yang lembut… ayam nya yang lembut…sangat sedapppppp pula… Puas la kami makan nak beranak….

Ini lah jumlahh yang kami bayar untuk menu2 di atas itu… RM63.00 tanpa service charge dan tax goverment...hik3

eh… ada 1 menu kami tapau.. sebab dah kenyang sangat.. konon nak makan situ..tapi macam dah kenyang… terus suruh kedai tu bungkuskan…

 


Grill chicken – RM14.00

Tapi seyes la… kalu tapau rasa keenakkan nya lain… sedap lagi kot makan kat kedai…hik3… sudahnya ratah ayam jer… roti nya tak makan pun.. sayang kan?

Jadi lain kali makan jer situ.. x yah tapau2… tapi kalu nasi tapau untung.. sebab beli 1 jer.. leh makan 4 beradik tu… murah pun murah tau…

Ok pada yang teringin nak mencuba boleh la ke Seksyen 7, Bandar Baru Bangi…

Betul-betul belakang Restoran Red Wok seteamboat tu… sebelum ada nya restoran Al Zahara ni.. asalnya Restoran Steamboat gak..tapi tutup…

Jadi saya harap sangat kedai Al Zahara ni kekal maju dan boleh stay lama kat situ.. sebab rasa nasi serta menu nya setakat ni sedap macam restoran2 arab yang lain…dan yang best  nya.. ada WIFI…hik3

Pada yang nak ke sana ini alamat nya :

Restoran Al Zahara,
No.1, Jalan Kajang Impian 2/1,
Taman Kajang Impian,
Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor DE

No tel : 014 – 733 4701/ 012 – 944 6255

Ni peta nya.. pinjam peta RED WOK…hik3

Betul2 dekat ngan Restoran Red Wok ..di belakang nya sahaja… sederet dengan Kedai Tupperware jer…

Ok… sapa nak cuba.. di alu2 kan…… mana tahu selera kene dengan korang……

5 thoughts on “Menjamu selera di Al Zahara Restaurant, Bandar Baru Bangi

  1. selalu lalu sini..nnti leh la singgah restoran ni.selalu saya p saba’ sbb org kata situ yg paling sdp
    tp mana tau restoran ni setanding saba’ kan..lg dekat nk p.hihi
    tq share info ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s