Pakaian lebih bersih dan harum setap hari…..

Pakaian lebih bersih dan harum setap hari…..

Sekarang waktu petang hingga ke malam pasti hujan……….tak tentu juga, kekadang pagi nak g kerja pun hujan. Jadi waktu nak membasuh baju pula tak menentu. Sebaik rumah teres, jadi amat mudah untuk membasuh tak kira waktu dan cuaca.

Maklum la.. jika waktu hujan, pakaian yang dibasuh tidak kering dengan betul akan menjadi berbau hapak serta masam dan menjadi tak selesa bila di pakai.

Dulu masa awal perkahwinan, saya menggunakan serbuk pencuci untuk membasuh pakaian… tapi selalu ada kesan sabun pada pakaian harian dan pakaian kerja saya. Terutama jika pakaian itu berwarna gelap.

Kemudian kawan saya syorkan menggunakan cecair pencuci…. dan memperkenalkan cecair Breeze kepada saya. Memula beli tu saya memang tak reti langsung la menyukat cecair ni… berapa banyak nak guna, tak melekat ker cecair Breeze ni pada pakaian saya….ishk..memacam la yang bermain di fikiran waktu tu.

Ialah… sebelum ini bila saya gunakan jenis serbuk…. habis pakaian saya ada kesan sabun dan kekadang pakaian selalu berbau hapak dan masam bila tidak kering dengan betul

Tetapi…….semakin lama saya menggunakan nya.. saya semakin berpuas hati dengan cecair Breeze ini. Ia menjadikan pakaian saya lebih bersih kerana cecair breeze ini menembusi terus ke dalam fabrik saya serta tidak meninggalkan sisa sabun pada pakaian seperti dulu dan yang paling penting sekali pakaian saya tidak lagi berbau jika di cuci ketika cuaca hujan malah berbau harum sentiasa.

Jenama Breeze ni sebenarnya sudah lama berada di pasaran sejak 40 tahun yang lalu dimana menjadi pilihan pengguna terutama yang berkeluarga dan yang memiliki anak-anak.

Seperti saya sejak tahun 2003 sehingga dah memiliki 4 org anak, masih kekal menggunakan cecair Breeze….. maklum la nak membasuh pakaian anak-anak seramai 4 orang memang terasa la… nak pula anak lelaki, dimana setiap pakaian mereka mesti ada kesan kekotoran punya.

Jenuh la juga saya nak bersihkan kekotoran pada pakaian mereka setiap hari…… Mujur la cecair Breeze dapat membantu saya menanggalkan kekotoran pada pakaian anak-anak saya.

Bila saya gunakan cecair Breeze ni, kotoran yang degil pada pakaian anak-anak amat mudah di tanggalkan kerana cecair breeze ini dengan 3x kuasa mencuci agen pencuci, berus, dan pencerah, membersihkan kesan kesan degil pada pakaian dengan berkesan.

Dalam masa beberapa minit sahaja kotoran degil pasti hilang. Tapi biasanya kekotoran mudah di tangglkan jika ia masih baru lagi….

Disini saya tunjukkan serba sedikit demo penggunaan cecair Breeze ini untuk membuktikan keberkesanan pada 2 jenis kain iaitu kain polister dan kain kapas.

1) Kain polister

2)Kain kapas

Setelah saya mencuba pada kedua-dua kain dengan menggunakan sos tomato sebagai bahan ujikaji tersebut. Ternyata menggunakan cecair Breeze ini dapat menanggalkan kesan sos tomato itu dalam beberapa minit sahaja. Kain tersebut kembali bersih, putih seperti asal dan tidak berubah warnanya….

Ini membuktikan bahawa kesan kotoran boleh di tanggalkan dengan menggunakan cecair Breeze. Mudah bukan?

Oh ya……..biasanya jika saya membasuh, tidak lengkap basuhan saya jika tidak menggunakan pelembut pakaian Comfort pada pakaian saya. Dengan menambah setengah penutup pelembut pakaian Comfort ia menjadikan pakaian saya kekal harum sentiasa dan lembut selepas dicuci.

Malahan kerja mengosok pakaian menjadi lebih mudah kerana kurang kedutan pada pakaian tersebut dan ia masih mengekalkan bentuk pakaian tersebut seperti sedia kala.

Jadi pada mereka yang membasuh menggunakan cecair Breeze ini pastikan tambah sekali pelembut pakaian Comfort ini tau…

Kini saya boleh membasuh pakaian saya tak kira masa dan waktu, kerana dengan menggunakan cecair Breeze bersama pelembut pakaian Comfort, ia memberikan keselesaan pada saya dan keluarga saya ketika memakaian pakaian yang telah di cuci bersih.

Ia juga memberikan keyakinan pada diri saya pada setiap hari dengan memakai pakaian yang bersih dan harum setiap hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai cecair pencuci Breeze dan pelembut pakaian Comfort ini boleh la rujuk ke :
Website: http://www.breeze.com.my/
Facebook: http://www.facebook.com/breezemalaysia
                                  www.facebook.com/ComfortMalaysia
Youtube: http://www.youtube.com/user/breezemalaysia

**GIVEAWAY**

Sebagai menghargai pembaca Sumijelly.com yang bekerjasama dengan Breeze, sumi ingin memberikan hadiah Set Produk Breeze beserta voucher kepada 6 pembaca yang bertuah. Hanya lengkapkan slogan tersebut :

Saya ingin memiliki produk Breeze ini kerana………………………………
Syarat-syaratnya :
  • Tinggalkan SLOGAN tersebut di kotak komen entry ini
  • Lengkapkan slogan tersebut tanpa had limit… nak buat ayat ker, nak karang cerita ke..terpulang
  • 6 orang yang bertuah akan dipilih berdasarkan ayat yang menarik, tertarik dan deboom!

Tarikh tutup sehingga : 9 Januari 2013

 Cepat…………mana tahu anda bakal memenangi PRODUK BREEZE tersebut!!

Selamat mencuba!!

19 thoughts on “Pakaian lebih bersih dan harum setap hari…..

  1. Kebanyakan pengguna di luar sana sememangnya tidak tahu dan tertanya-tanya di mana mereka boleh mendapatkan pewangi pakaian yang biasanya digunakan di kedai-kedai dobi, bertujuan untuk digunakan sendiri di rumah. Untuk membantu pengguna, telah terdapat kedai dobi yang tampil ke hadapan menjual produk tersebut dalam kuantiti yang lebih kecil untuk memudahkan pengguna mendapatkannya.

    Bukan sahaja pewangi pakaian, pelbagai produk dobi yang lain yang sukar untuk didapatkan di kedai-kedai runcit biasa juga pada masa ini boleh didapati di kedai-kedai dobi terpilih.

    Sila layari laman web & blog http://www.cucicuci4u.com untuk mengetahui lebih lanjut.

  2. “Saya ingin memiliki produk BREEZE ini kerana saya inginkan pakaian-pakaian saya yang dibasuh dengan BREEZE sentiasa wangi walaupun dalam keadaan lembap. Dan BREEXE expecially warna ungu liquid memang sangat-sangat jelas terbukti keharuman wangiaanya tanpa perlu menggunakan pelembut wangian kain.”

  3. Saya ingin memiliki produk breeze ini kerana dengan adanya produk breeze kerja-kerja mencuci pakaian menjadi lebih mudah. Sebagai seorang yang bekerjaya kadang-kadang saya sering melakukan kerja-kerja mencuci pakaian pada waktu malam.Suami saya seorang chef. Jadi setiap hari apabila suami saya balik dari waktu kerja, pasti baju yang dipakainya akan terdapat kotoran dan bau makanan yang terlekat pada baju tersebut.Puas saya mencari produk yang boleh menyelesaikan masalah saya ini.. Mujurlah saya menemui produk breeze yang boleh menjadikan pakaian lebih bersih kerana breeze menyerap ke dalam fabrik dan tidak meninggalkan sisa kotoran pada pakaian.Selain itu, produk breeze ada 3 kali kuasa cucian iaitu sebagai agen pencuci, berus dan pencerah iaitu membersihkan kesan degil pada pakaian dengan berkesan..Malah pakaian tidak berbau walaupun dicuci ketika cuaca hujan dan wangian tetap segar.Dengan adanya breeze saya tidak perlu menggunakan produk lain dan percaya produk breeze mampu memberikan yang terbaik dalam membantu saya melakukan kerja-kerja mencuci pakaian.Saya sukakan breeze….

  4. saya ingin memiliki produk breeze ini kerana saya ingin pakaian saya sentiasa kekal bersih dan berbau harum dan tidak berbau hapak selepas basuh tambahan sekarang ini musim hujan jadi memang saya amat memerlukan produk breeze ini

    sekian, terima kasih

  5. saya ingin memiliki produk breeze ini kerana breeze sudah menjadi produk kegemaran saya sejak pertama kali menggunakannya 3 tahun yang lalu. breeze memang terbaik! Pakaian saya menjadi wangi, lembut dan yang pasti kerja mengosok pakaian lebih mudah dan senang dengan menggunakan prosuk Breeze ini. katakan tidak pada produk lain.

  6. Saya ingin memiliki produk Breeze ini kerana saya mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan pencuci baju yang dapat membantu serta memudahkan saya mencuci pakaian sekaligus memberikan pakaian saya sentiasa berbau harum dan wangi sepanjang masa untuk anak2 saya bila bersekolah dengan tambahan pelembut pakaian. Dengan bantuan Breezeini juga dapat menjadikan aktiviti membasuh saya menjadi lebih senang dan mudah dikala saya membasuh.

  7. Saya ingin memiliki produk Breeze kerana
    saya tidak perlu menyental kesan kotoran sebab dgn breeze kotoran hilang dgn senang & menjimatkan masa saya

  8. Saya ingin memiliki produk Breeze kerana

    dengan breeze segala kekotoran hilang dengan mudah dan memudahkan kerja mencuci bagi ibu-ibu. Pakaian lebih bersih dan warna putih bertambah putih..baunya pun wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    Dengan comfort pakaian mudah untuk di seterika dan menyenangkan saya

  9. Saya ingin memiliki produk Breeze ini kerana ia merupakan produk cucian yang paling berkesan. Dengan Breeze dalam kehidupan saya, tiada lagi bimbangan tentang kesan kotoran yang tidak menghilang. Sekarang saya tak payah menghalang budak-budak saya daripada menyertai sukan atau permainan lagi.

  10. Saya ingin memiliki produk Breeze ini kerana saya antara ribuan pengguna setia percaya ia memudahkan kerja – kerja cucian. Cecair Breeze tidak meninggalkan sisa, kotoran mudah dihilangkan dalam beberapa minit, wangi, warna terpelihara. Sesuai untuk cucian mesin dan cucian tangan. Jimat wang sebab dalam 1 botol boleh banyak kali cucian dapat digunakan, jimat bil elektrik dalam urusan mensterika baju, jimat masa sebab baju kurang berkedut, haruman wangi dan tahan lebih lama dari jenama – jenama lain, tangan pun lembut dan banyak lagi sebenarnya manfaat untuk kami sekeluarga. Sebagai ketua keluarga, saya percaya keluarga kami berhak untuk memiliki produk terbaik. Terbaik untuk apa sahaja fabrik, terbaik untuk apa sahaja tujuan. Tepuk dada tanya selera. Dengan 3 pilihan variasi Cecair pekatan Breeze iaitu “Breeze Power Clean” (penumpuan untuk penggunaan baju putih), “Breeze Goodbye Musty” (sesuai ketika musim hujan dan baju yang disidai dalam rumah) dan “Breeze Colour Care” (sesuai untuk pemeliharaan warna untuk baju berwarna). Manakala terdapat 4 pilihan “Ultra Comfort” iaitu “Blossom Fresh”, “Anti-Bac”, “Pure” dan “Morning Fresh”. Panjangkan penerangan saya…Ini menguatkan lagi fakta produk Breeze ini memang layak untuk saya miliki.

  11. Saya ingin memiliki produk Breeze ini kerana saya masih tercari-cari produk yang boleh menghilang kesan kotoran yang degil pada baju-baju saya. Saya juga memerlukan produk yang dapat menjaga tekstur baju supaya tidak pudar walaupun berkali-kali membasuhnya.

  12. Saya ingin memiliki produk Breeze ini kerana untuk saya mencuba dan menilai sendiri apakah benar seperti yang dikata. Jika benar, saya akan bertukar daripada jenama X sekarang kepada jenama Breeze..

  13. Saya ingin memiliki produk Breeze ini kerana saya ingin memastikan hari-hari saya lebih ceria dan segar tanpa perlu menyental kotoran degil lagi.

    Pakaian saya pasti kelihatan lebih bersih dan bersinar seperti baru dibeli🙂

    p/s: typo error la tdi tu kak sumi…hahaha

  14. Saya ingin memiliki produk Breeze ini kerana saya ingin memastikan hari-hari saya lebih ceria dan segar tanpa perlu menyental kotorang degil lagi. Pakaian saya pasti kelihatan lebih bersih bersinar seperti baru dibeli🙂

  15. Saya ingin memiliki produk Breeze ini kerana saya memang pengguna setia cecair breeze ni.Yang warna ungu… Haaa memang best.Sejak duduk sendiri,uhuk uhuk,yela duduk rumah sewa,mesin basih pun takde,jadinya kena basuh pakai tangan.Lepastu rasa melekit sebab guna sabun serbuk.Lagi satu ha jadi macam kak sumi la,kadang bertompok-tompok.

    Kalau cucian tangan,pakai sabun serbuk memang tak best,sebab tangan akan jadi kasar..wuhuu takut tu.. kang nak kahwin,bakal suami kata ape kasar tangan ni.. hahahaha

    Jadinya bila pegi pasaraya,cari sabun cecair,yang lengkap dengan wangi,terbukti berkesan mencuci dengan hebat disamping memelihara tangan,haaaaaa tudiaaaaaaaaaaaaaa

    dah nampak ,tudia breeze yang warna ungu tu,Memelihara warna lagi..waa best best.dan paling suka,tangan tak kasar.hihihii..

    lepastu wangi dia segar sangat.

    Tak lupa jugak,walaupun basuh guna tangan,pelembut fabrik pun guna jugak,dan semestinya comfort ultra warna pink.terasa segar.dan baju wangi tahan lama…

    mak pun guna breeze.Kira dari dulu,mesti guna breeze.Membesar dengan baju bersih dan wangi menggunakan breeze.

    saya suka BREEZE !

  16. Saya ingin memiliki produk Breeze ini kerana pakaian saya segar tetaqp harum wangi tanpa mengira waktu walaupun dicuci dan dijemur dalam keadaan cuaca lembap.

  17. Saya ingin memiliki produk Breeze ini kerana saya suka sangat bau Breeze pada pakaian keluarga saya selepas cuci pakaian mereka. Yang paling pentingnya, saya tidak suka gosok pakaian: Selepas menggunakan Breeze, kedutan pada pakaian kurang sangat sehingga memudahkan kerja menggosak pakaian. Malah, kadang-kala, tidak payah gosok pun boleh! Bravo Breeze!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s