Wall’s dan LEGOLAND Malaysia Menyokong Keseronokkan dan Kembara

Wall’s dan LEGOLAND Malaysia Menyokong Keseronokkan dan Kembara

Entry ini dah lama tertunggak.. nampaknya..misi untuk menghabiskan kenangan 2012 kene dilaksanakan…hahahaha

Bila la.. banyak sangat nak di update smapai tak thau nak mula bagaimana….  Hari tu dapat jemputan dari pihak Edelman untuk menjayakan hari Sabutan Kanak-kanak Sedunia bersmaa penghuni Rumah Titian Kasih…

Pada 27.11.2012 bertempat Rumah Titian Kasih di adakan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2012 bersama dengan 8 orang kanak-kanak untuk menjayakan acara ini…

Wall’s menandatangani pakatan sebagai rakan ais krim ekslusif bagi LEGOLAND Malaysia.

Wall’s, jenama ais krim kegemaran Malaysia meraikan perlantikan selama 5 tahun sebagai rakan ais krim eksklusif bagi LEGOLAND Malaysia bersama 30 orang kanak-kanak kurang bernasib baik di Rumah Titian Kasih.

Pakatan niaga ini meluaskan lagi objektif bersama kedua-dua jenama iaitu untuk meraikan detik-detik penuh keceriaan melalui pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif serta melibatkan eleman kembara bersama kanak-kanak.

Menurut Chan Meng Yang, Pengurus Pemasaran Malaysia, Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd., “Sejak penubuhan kami di Malaysia lebih 45 tahun lalu, kami sentiasa menyokong mewujudkan detik-detik indah melalui keseronokan dan kembara bersama-sama kanak-kanak, khususnya dengan rangkaian Paddle Pop kami.

Maka, kami amat berbanga untuk menjadi rakan LEGOLAND Malaysia dalam membekalkan sajian ais krim berkhasiat kepada kanak-kanak di taman tema. Kami akan terus memupuk kanak-kanak untuk menerokai minda imaginatif serta kreatif mereka untuk merasa pengalaman menarik sambil menikmati keseronokkan dan kembara dalam kehidupan seharian.

Kami terhutang budi kepada LEGOLAND Malaysia kerana bergabung bersama kami dalam menyediakan pengalaman interaktif kepada kanak di Rumah Titian Kasih”‘

Siegfried Boerst, Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia berkata, “LEGOLAND amat menyokong pembelajaran sambil bermain dan kami gembira kerana terdapat peluang ini untuk memberi impak bersama satu jenama yang berkongsi minat ke arah memperkayakan kehiduapan kanak-kanak.

Selaku sebuah taman yang di reka untuk keluarga dan kanak-kanak, kami dapat menyaksikan nilai-nilai jenama kami, iaitu kreativiti, imaginasi, pembelajaran, bersifat penyayang, ceria dan kualiti di paparkan melalui pakatan ini.” kata beliau.

“Kami menyokong bermain dan keseronokan sebagai eleman penting dalam pembelajaran. Maka, kami amat gembira kerana dapat berkolaborasi dengan Wall’s di Rumah Titian Kasih bagi menggalakkan imaginasi kanak-kanak melalui aktiviti ini,” tambah beliau.

Pengumuman pakatan ini kena pada masanya – suasana di Rumah Titian Kasih masih ceria di sebabkan oleh sambutan Hari Kanak-Kanak Universal dalam minggu sebelum ini.

Selepas upacara perasmian majlis. Kanak2 di bahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5 peserta untuk menyertai permainan yang menyeronokkan lagi menguji ketangkasan anak-anak membina lego.

Untuk Games pertama – mencari jalan keluar

Setiap peserta diberikan sekeping kad yang mempunyai laluan yang berliku.

selepas itu menaiki basikal pula, untuk melalui laluan berliku yang diletakkan kon.

Untuk Game ke Dua – Aktiviti ‘Build and Test’

Ia memupuk perkembangan kognitif, emosi, sosial dan motor di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak di Rumah Titian Kasih, dalam lingkungan umur di antara tujuh hingga dua belas tahun, begitu teruja dengan aktiviti ‘Build and Test’ oleh Wall’s Paddle Pop yang di ilhamkan berdasarkan salah satu daripada aktiviti terkenal di LEGOLAND Malaysia.

Hasil kreatif anak-anak saya dengan ciptaan mereka….

Aktiviti menyeronokkan menggalakkan pemikiran dan pembelajaran kreatif melalui pengalaman bermain yang berkualiti.

Dan untuk acara terakhir…… ialah menguji kereta lego ciptaan masing-masing.

Siapa yang berjaya mencipta kereta paling laju mendapat markah yang tertinggi… dan tidak lupa juga ada hadiah yang ditawarkan untuk pemenang kereta yang kretif ciptaan nya…

Sebagai satu hidangan istimewa, kanak-kanak di Rumah Titian Kasih turut menikmati masa rehat dengan varian baru Wall’s Paddle Pop – iaitu Tornado Grape, yang merupakan jeli anggur yang boleh dikupas daripada teras ais strawberi.

Melanjutkan komitmen Paddle Pop Wall untuk meraikan pencari pengembaraan dan imaginasi aktif kanak-kanak, jenama ini memberi kejutan kepada kanak-kanak di Rumah Titian Kasih dengan perjalanan semua perbelanjaan di tanggung penuh penuh ke LEGOLAND Malaysia.

LEGOLAND Malaysia adalah taman tema antarabangsa pertama di Malaysia, dan LEGOLAND pertama di Asia. Berukuran seluas 76 ekar, taman tema ini di reka untuk keluarga dan kanak-kanak berusia di antara dua hingga dua belas tahun. Sebuah ‘rumah kelab’ LEGO untuk semua usia, taman ini menawarkan lebih dari 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan.

Terletak secara strategik di Nusajaya, taman ini menyambut tetamu pertamanya pada 15 September 2012. Dalam perancangan adalah Taman Tema Air LEGOLAND yang bakal di buka dalam sukuan kedua tahun 2013 dan Hotel LEGOLAND pada awal tahun 2014.  

Seterusnya acara penyampaian hadiah untuk para pemenang :

 

Iskandar berjaya mendapat hadiah SKATE BOARD untuk acara KERETA paling kreatif yang direka…

 Tempat Pertama

Tempat Kedua

 Tempat Ketiga

 

Dan acara bergambar beramai-ramai bersama Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia dan Pengurus Pemasaran Malaysia, Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd. sebelum majlis selesai.

Terima kasih kepada pihak Edelman, Wall Paddle Pop dan juga Legoland Malaysia kerana menganjurkan acara sebegini. Kanak-kanak gembira dan riang dengan setiap permainan yang di adakan…..

Nota kaki : Saya belum pernah ke Legoland.. entah bila la dapat merasa ke sana yek?hik3

One thought on “Wall’s dan LEGOLAND Malaysia Menyokong Keseronokkan dan Kembara

  1. Wah, best! Saya pun dapat invitation tapi sebab event pada hari bekerja (dan kebetulan baru pulak ambil annual leave), terpaksa tolak. Best juga sesekalid apat hiburkan hati kanak-kanak ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s