[REVIEW] SAM – Saya Amat Mencintaimu

[REVIEW] SAM – Saya Amat Mencintaimu

Semalam saya berkesempatan la layan ASTRO FIRST kat rumah… dan wayang yang saya tengok adalah SAM….

Telah pun berada di pawagam semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu pada 19.08.2012….. sekarang dah masuk Oktober kot…. jadi baru dapat layan…hehehe

Sinopsis :

 

Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.

 

 

Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa.

Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut.

 

 

Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar.

 

Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu???

 

 

Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.

 ******************************************************

 

So, semalam masa tgk filem ni, memang tak baca langsung la sinopsis dia…. akhirnya baru tahu rupanya si SAM ni yang mental..hik3….

Tapi memang syok gak layan citer ni. sebab lain dari yang lain. suspen jer setiap masa dan saat….. ada bermacam aksi la… kejap macam citer Jakie Chan lawan-lawan, pas tu kejap macam citer Matrix yang freeze-freeze tu, kejap macam citer Hantu pasal ada bayang-bayang ilang sana-sini… ishk. complete la….

Memang berbakat juga anak Yusuf Haslam ni buat kerja yek……. action movie tuuuu…. apa2 pun TAHNIAH la.. sekurang2 nya ada jug aperubahan dalam jalan cerita di mana tidak la sama macam yang lain..

ok. pas ni nak tengok citer apa yek??

Hari tu dah layan Hantu Air, HalimMunan, 29 Februari sumer macam tak BEST tau!! hehehe

Sekarang tengah tunggu UNTUK TIGA HARI lak..hehehehe…..

4 thoughts on “[REVIEW] SAM – Saya Amat Mencintaimu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s