Kajiselidik bersama ibubapa di MSNMalaysia

Kajiselidik bersama ibubapa di MSNMalaysia

Inilah permata saya… 4 anak lelaki….. kalu dah nama nya lelaki.. pepaham jerla.. lasak, ganas dan akrif memang tak leh cakap la….hahahaha

Penat tu penat, tapi seronok…sebab bila mereka riuh rendah kat umah…terasa meriah.. tapi bila time mereka tak ada kat rumah.terasa sunyi….

Saya ni dah la bekerja dari pagi hingga ke petang.. jadi masa banyak dihabiskan di pejabat. Sebaik rakan-rakan pejabat saya mempunyai anak seusia anak saya… di pejabat la tempat kami bertukar pendapat dan berkongsi cerita…

Tapi…saya suka lagi suka bertukar-tukar pendapat di laman sosial. seperti forum keibubapan. Sekarang ni banyak dah forum-forum keibubapaan….seperti di MSNMalaysia. Ada la beberapa topik dan kajiselidik yang saya bincangkan bersama mereka di situ. Antara kaji selidik nya ialah :-

  • Adakah anda secara rahsia mahu anak anda lebih bijak?

Yer….sumer ibu bapa mengimpikan anak yang pintar. Seperti juga saya… anak sulung saya Muhammad Danial kini sudah pun berusia 8 tahun dan belajar di tahun 2. Saya sentiasa mengharapkan anak saya dapat belajar bersungguh-sungguh dan menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan.

Dalam diam saya mengharapkan kejayaan demi kejayaan melalui peperiksaan dia. Tapi apa yang saya inginkan tidak akan tercapai jika saya tidak memberikan dia kata-kata semangat kan

  • Adakah anda memberi alasan bila melihat prestasi anak anda tidak begitu memuaskan di sekolah?

yup…. kadang-kadang prestasi anak kita tak dapat jangka kan… macam Danial.. saya selalu harapkan dia memberikan pencapaian yang memuaskan hati saya.. tapi bila keputusan peperiksaan diterima.. pencapaian yang saya harapkan tidaklah begitu memuaskan… tapi saya sentiasa memberi alasan pada diri saya bahawa mungkin Danial masih perlu berusaha lagi dalam pelajaran yang dia lemah.

Saya harapkan Danial akan menunjukkan prestasi yang bagus di masa hadapan supaya dia mendapat keputusan peperiksaan yang memuaskan nanti.

Jadi bagaimana dengan korang…. mesti korang pun seperti saya… berahsia dalam diam untuk melihat anak korang menjadi seorang yang bijak kan dan melihat prestasi di sekolah memuaskan?

Sebenarnya… banyak juga kaji selidik yang di bincangkan di situ…. kalu korang ingin bertukar pendapat bersama ibubapa yang lain, boleh la melayari http://lifestyle.malaysia.msn.com/parenting/ untuk lebih lanjut.

Di sana ada beberapa ibubapa yang turut membincangkan perkara lain selain mengenai anak-anak… Saya berharap juga dengan adanya forum sebegini, dapatla ibubapa lain bertukar-tukar pendapat dan cerita bersama-sama selain bersama dengna rakan-rakan sekerja di pejabat.

Jangan lupa sertai kaji selidik yang ada di situ yek.. mana tahu pendapat korang boleh membantu ibubapa yang lain dalam menangani kehidupan berkeluarga ni.

3 thoughts on “Kajiselidik bersama ibubapa di MSNMalaysia

  1. Semua hero-hero. Mesti riuh rendah rumah suara anak. Best betul… Pengalaman ada anak memang best. Bila tengok anak membesar..kadang-kadang tersenyum sorang2.. keletah dan kepintaran tu yang buat kita ketawa dan berbaloi mengandung sorang-sorang. Heee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s