Jemputan Majlis Mesra Aidilfitri Microsoft Malaysia

Jemputan Majlis Mesra Aidilfitri Microsoft Malaysia

Minggu lepas pejabat saya di jemput untuk hadir ke Majlis Mesra Aidilfitri Microsoft Malaysia di Taman Botani, Putrajaya……

Mestila saya pergi kan…. sebab dekat sangat dengna pejabat saya yang terletak di Presint 5 tu jer……. Jadi saya pun pergila bersama rakan pejabat saya… sebenarnya saya ni sibuk nak pergi walaupun tak der kene mengena dengan Microsoft tu kan…hahaha

Makan ‘free’ sapa tak nak kan?? sumer nak pergi… balik kerja x yah masak.. sebab dah kenyang..hehehe

Wah dari jauh dah nampak khemah nya.. ala-ala kenduri kawen la pulak. Majlis ni bermula dari pukul 3 ptg, tapi kami datang dalam pukul 4.30 petang… ialah.. pergi lewat sikit, pas tu terus balik la kan….hehehe

Khemah putih bersama dengan biru laut… lawa kan??hehehe

Meh tengok antara menu-menunya :

Nasi minyak bersama rendang, kuih muih, kambing + kentang putar + salad….

Kambing golek mesti ada di mana-mana majliskan? penarik selera untuk para tetamu tu.. tapi sayangnya saya bukanla penggemar kambing golek yek..hehehe

Popia goreng, Satay, Char kuew teow tapi dah habis.. masa datang tu tengah masak…, tauhu bakar.

ABC untuk pencuci mulut… tu tengah beratur gak.. tapi tu la.. kalu dah datang lewat.. ais batu pun habis…hehehe

Steamboat dari Iman Celur… setamboat memang peberet saya.. kalu saya jumpa tepi jalan bila ajak IR berhenti mesti dia tka moh.. sebab 1 cucuk jer RM1 kalu ambik bercucuk-cucuk mesti puluh2 ringgit…hahaha

Jadi lepas tinjau gerai-gerai… inilah masanya untuk mencuba segala makanan nya..hehehe

Memula saya ambik ABC dulu… maklum la penat berjalan..tetiba haus.. padahal ada jer air sirap di sediakan..tapi tak nak kann..hehehe

Pas tu saya ambik roti bakar bersama kentang putar tu…. alahai.. kentang putar tu sangattttt sedap. saya siap tambah berkali2 tu….hahaha

Char kuew teoy dia pun sedap gak… pandai tukang masak tu masak..hehehe

Kambing golek bersama kentang putar dan salad.. seperti syaa bagi tahu tadi.. saya bukan gemar makan KAMBING… jadi ini adalah pinggan kawan saya……

Saya tukang ambik gambar jer…..hehehehe

Steamboat nya.. saya hanya ambik beberapa cucuk jer… sebab dah penuh la pulak perut saya…hehehe

Satay ayam ni pun saya rasa 1 cucuk jer.. sebab sepanjang raya asyik bedal satay jer.. jadi tak der rasa nak makan la sangat..hehehe

Tauhu bakar… peberet saya gak ni… pernah beli sekali masa bulan puasa…tapi kurang sedap kuah nya…hehehe.. tapi yang ni kuahnya sedap… siap ambik lagi member punya..hahaha

Dah kenyang bergambar la pulak bersama rakan dan juga kakitangan microsoft ….

Dalam pukul 5.30 petang kami pun beransur pulang… sedap sungguh makanan nya.. dengan cuaca yang terang dan tidak panas.. seronok la makan kan..

kalu cuaca tak baik.. mesti saya tak sampai..hehehe

Eh..sempat lagi bergambar depan pintu masuknya…hehehehe. Kalu dah kaki gambar, mesti sempat aja…

Sebelum pulang kami dibekalkan dengan aiskrem…… bestnya.. dah makan kenyang-kenyang..makan aiskrim pula.. memang lengkap la.. kan…

Alhamdulilah… terima kasih kepada Microsoft Malaysia kerana sudi menjemput kami datang ke Majlis Mesra Aidilfitri tu… insya allah.. tahun depan kalu sudi jemput la saya lagi..hehehe

Bagai mana dengan korang.. banyak ker jemputan di Aidilfitri ni? Lagi 2 hari Syawal bakal berakhir.. esok ngan lusa ni mesti ramai yang buat rumah terbuka kan?? Hati-hati makan yek.. nanti kene keracunan makan pula…

Selamat berhujung minggu dan juga Selamat Hari Malaysia!!

5 thoughts on “Jemputan Majlis Mesra Aidilfitri Microsoft Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s