[INFO] Petua Membanyakkan Susu Ibu

[INFO] Petua Membanyakkan Susu Ibu

Artikel ini saya ambik dari laman web Ratuhati.com di mana artikel ini amat sesuai di kongsi bersama pembaca sekalian.

Salah satu daripada masalah penyusuan susu ibu adalah susu yang tidak mencukupi. Masalah ini kerap berlaku terutamanya terhadap ibu yang terpaksa berjauhan dengan bayinya dan terpaksa mengepam.

Pertama sekali anda perlu tahu, betulkah susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda… Rujuk artikel  “Adakah Bayi Saya Mendapat Susu Secukupnya” Kemudian, anda perlu tahu penyebabnya….

Antara penyebab susu tidak mencukupi

  • Teknik penyusuan yang salah.
  • Tidak cukup rangsangan daripada bayi.
  • Pemakanan tidak seimbang.
  • Tekanan.
  • Tidak cukup rehat/tidur.
  • Masalah hormon dan juga masalah kesihatan lain seperti thyroid, demam, anemia.
  • Penggunaan pil perancang atau ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk penyusuan.
  • Teknik pam/perah yang salah.
  • Jenis pam yang tidak cekap.

untuk menyelesaikannya….

 

Yakin Diri

  • Betulkan sikap anda. Yakin yang anda boleh menyusukan anak anda.

 

Teknik Yang Betul

  • Betulkan teknik penyusuan anda.
    Minta bantuan doktor, jururawat, pakar laktasi atau ibu-ibu lain yang berpengalaman.
    Betulkan posisi bayi anda. Pastikan bayi menyusu dengan hampir keseluruhan areola masuk ke dalam mulutnya.
  • Pastikan bayi menghisap lama di sesuatu belah buah dada untuk merangsang pengeluaran susu sebelum menukarkannya ke sebelah lagi.
  • Susukan bayi di kedua-dua belah buah dada.

 

Ransangan Daripada Bayi Penting

  • Susukan bayi jam pertama kelahirannya semasa bayi masih peka akan persekitarannya.
  • Susukan bayi anda on-demand (bila bayi perlukan) bukan mengikut masa
  • Susukan bayi dengan kerap walaupun tidak diminta.
  • Jangan menggunakan puting kosong untuk menenangkan bayi. Sebaliknya, susukannya.
  • Tidur bersama bayi di waktu malam.
    Susukan bayi walaupun anda terpaksa berjaga. Kandungan prolaktin yang membantu penghasilan susu adalah tinggi antara pukul 1 hingga 5 pagi.
  • Berikan bayi makanan pelengkap dengan cara yang betul.
  • Jika sudah mula memberi bayi susu formula, kurangkan kekerapannya, dan kerapkan memberi susu badan.

 

Rehat dan Jauhi Tekanan

  • Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
  • Elakkan dan uruskan tekanan di tempat kerja atau di rumah

 

Jika sakit, dapatkan rawatan

  • Dapatkan rawatan untuk penyakit seperti thyroid, demam dan anemia.

 

Urutan Juga Membantu

  • Urut buah dada anda ketika anda menyusukan bayi.
  • Jika anda mengurut dalam pantang, minta bidan urut untuk ‘membuka urat susu’ supaya aliran susu badan lancar.

 

Pemakanan

  • Minum air secukupnya.
    Air perlu untuk menggantikan air daripada badan anda yang hilang. Anda boleh menyediakan satu bekas air di tempat biasa anda menyusu supaya anda boleh minum ketika menyusu.
  • Makan makanan berkhasiat dan pelbagai dengan kuantiti secukupnya.
    Ibu menyusu perlukan lebih kurang 500 kalori tambahan berbanding ketika tidak menyusu. Jangan kurangkan makan untuk menjaga badan. Makan snek yang berkhasiat jika lapar.
  • Teruskan pengambilan vitamin yang anda ambil semasa hamil.
  • Elakkan mengambil pil perancang jenis progestin sahaja.
    Gunakan pil perancang yang bersesuaian seperti Noriday.

Baca lagi di sini untuk lain-lain pemakanan yang mempengaruhi penghasilan susu ibu..

Ubat-ubatan

MAXOLON (metoclopramide) yang boleh didapatkan dari farmasi boleh menambah susu badan. Ubat ini selalunya digunakan untuk masalah angin perut dan pening-pening kepala. Selain itu, ia meningkatkan kandungan hormon prolaktin, yang akan meningkatkan kandungan susu. **sila dapatkan nasihat doktor/pakar farmasi dahulu sebelum membeli**

Jadi saya harap dengan adanya artikal ini dapatlah kita info serba sedikit. semoga dapat mencapai cita-cita dan impian untuk menyusu anak lebih lama yang di jangka…

4 thoughts on “[INFO] Petua Membanyakkan Susu Ibu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s