Kisah Seorang isteri yang tidak bekerja

Kisah Seorang isteri yang tidak bekerja

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..

21 thoughts on “Kisah Seorang isteri yang tidak bekerja

  1. mmg tugas isteri ni nonstop…isteri saya pun mcm tu walaupun bukan surirumah sepenuh masa tp bila habis kerja,kerja2 rumah dia yg buat,masak,menggosok mencuci,mengemas serta melayan saya hehe…sayangilah isteri anda

  2. ye…eloklah hargai isteri yang tak bekerja…kerja tak pernah sudah kecuali apabila menutup mata (tidur ler)…dan hargai juga adik beradik sendiri yang tak bekerja yang jadi surirumah,jangan banyak meminta…tapi banyak memberi..wah bahaginya hidupku kerana sudah ramai mulai menghargai kerjaya sebagai surirumah..

  3. mmg penat jd isteri.. tambah2 yg berkerja.. kita kena berkerja sama dgn time suami, dan balik kerja rushing buat pulak semua kerja2 diatas.. jd tidolah kul 12 mlm dan bgn seawal kul 5 pagi, rutin yg sama..:)

  4. Isteri berbakti kepada suami akan dijanjikan syurga tempatnya. Suami perlu pandai menghargai pengorbanan isteri sentiasa menjadi tulang belakang setiap kejayaan lelaki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s