Kisah Zulfadhli [Part 1]

Kisah Zulfadhli [Part 1]

Punya la lama kejadian, baru la sekarang ada mas anak bercerita…hehehehe

Bukan tak nak cerita, tapi sebenarnya tak der masa nak upload gambar masuk komputer….dah la tu, sibuk lagi nak layan anak-anak… maka terkubur begitu aja cerita ni…

Jumaat (09.03.2012)

Nak dijadikan cerita, hari Jumaat (09.03.2012) masa tu saya memang dijangka pulang lewat, gara-gara berkampung kat ‘Hotel Kuda’… kuda la sangat, hehehe.. sebaik la dekat The Mines tu jer.. kalu jauh memang seksa saya nak pulang cepat-cepat.

Jadi saya serahkan hal anak2 kepada sepupu saya untuk mengambil dan menjaga sementara saya pulang. Tapi dalam pukul 5.30 ptg saya dapat sms  “Minta nama penuh dan IC Zulfadhli”… Apa lagi, terus saya balas “Oit… apasal?” Ha.. apa lagi terus sepupu saya call dan menerangkan situasi sebenar. Dia bilang tangan Zulfadhli bengkak…

Saya jemput Zulfadhli di rumah sepupu saya dan terus pecut kereta ke Hospital Kajang. Sebaik sepupu saya dah balut siap2 dengna tudung untuk ampu tangan dia.. sebab mengikut kata sepupu saya, Zulfadhli tetap lasak walaupun tangna dia membengkak….

Sampai Hospital baru saya dapat lihat kecederaan nya.. sepanjang dalam kereta memang tak duduk senang, sebab tak dapat tgk lengan dia dengan betul….

Adeh… bengkak nampak sangat masa tu.. doktor terus minta saya pergi wat X-Ray.

Selepas X-Ray, doktor lihat dan kata ada tulang di bahagian sikunya bengkak sedikit. Adeh.. lupa pula nak snap gambar X-Ray tu.. x per, temujanjji akan datang saya akan cuba untuk ambil gambar yek…

Dah di simen sementara di sikunya, doktor kata kene tahan wad. Sebab malam doktor pakar x ada, jadi nak tak nak kene tunggu esok pagi. Lagi pun kalu teruk kemungkinan kene masuk dewan bedah.

Ohw.. bila doktor cakap dewan bedah.. saya dah takut.. sebab rasa macam kecederaan nya sangat teruk….

Doktor kata, disebabkan bengkak pada siku tak surut, jadi mereka akan pantau dahulu.. jadi nak tak nak Zulfadhli kene la bermalam di Wad Kanak-kanak. Ok.. saya dah mula panik.

Lagi pun my IR masa tu belum balik dari Johor. Dan nak tak nak saya kene tunggu di Wad sementara my IR pulang dari Johor.

Lihat la Zulfadhli, dah bersimen pun masih aktif ketika ni… adeh.. naik risau saya. Sebab sepanjang ke Hospital dia sikit pun tak nanges….merengek atau meragam.. masih diam dan tersenyum lagi…

Nampak sungguh maca dia ‘kuat’ dan memahami situasi .. jika dia menangis, mungkin saya lagi akan panik dan mengelabah.. dna mungkin akan nanges-nanges pula..huhuhu

Akhirnya tidur juga hero saya setelah mata semakin mengantuk. Dan ketika itu juga my Ir datang untuk mengantikan saya. Saya terpaksa pulang ke rumah kerana Huzaiman masih menyusu badan, jadi tak boleh la tinggalkan dia di rumah tanpa saya. Lagi pun saya datang tanpa membawa pam susu atau apa2 barang.

 **Kejadian ini berlaku di Taska asuhan pada belah petang lebih kurang pukul 5 ptg rasanya. Mengikut kata pengasuh, anak saya seorang diri bermian di kerusi makan yang tidak tinggi dan tahu-tahu dia sudah jatuh kebelakang dan lihat  dia jatuh dengan menahan menggunakan siku kirinya.

Masa mula-mula jatuh dia tak nanges, selang beberapa minit baru dia menangis dan selepas tu dia diam dan terus main… Jadi mungkin pengasuh ingat benda tu tak serius.

Masa sepupu saya jemput baru nampak ketara bengkak nya…

Okla..nanti sambung lagi cerita… nak kene ingat balik pas tu apa terjadi..hehehe

 

12 thoughts on “Kisah Zulfadhli [Part 1]

  1. ooo…gitu ceritanya…pas ni kena hati2 dan pesan la kat pengasuh anak ko tu…skrg ni masih berbalut ke siku dia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s