Naikkan gaji dulu – CUEPACS

Naikkan gaji dulu – CUEPACS

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kenaikan gaji kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54 mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) bermula RM700 hingga RM2,500 sebelum melaksanakan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, cadangan itu bagi merapatkan jurang perbezaan gaji golongan berkenaan dengan pegawai berjawatan tinggi. Menurutnya, cadangan itu satu daripada lima perkara yang dikemukakan Cuepacs dalam mesyuarat petugas khas kali keempat mengenai penambahbaikan SBPA.

“Kita mencadangkan kenaikan gaji bagi Gred 1 hingga 16, RM700, RM1,000 bagi Gred 17 hingga 26, RM1,500 Gred 27 hingga 40, RM1,800 Gred 44 hingga 48 dan RM2,500 Gred 52 hingga 54.

“Misalnya, jika seorang kakitangan awam Gred 17 menerima gaji RM820, dia perlu diberikan kenaikan gaji RM1,000. Ini bermakna, dia menerima gaji RM1,820,”

katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat petugas khas kali keempat mengenai penambah baikan SBPA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Omar berkata, pihaknya mencadangkan gaji maksimum dilaksanakan berdasarkan kadar kenaikan terakhir gaji kakitangan awam terbabit dengan mengambil kira tempoh ‘gaji mati’ mengikut tahun.

“Contohnya, jika kakitangan awam itu menerima kenaikan gaji kali terakhir RM100, tetapi selepas itu dia menerima ‘gaji mati’ selama lima tahun. Jadi, bayaran maksimum sepatutnya RM500 selepas kadar kenaikan itu didarab dengan tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau mencadangkan kakitangan awam yang lulus Aras Empat bagi Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sistem SSM turut diberikan kenaikan gaji. “Saya dimaklumkan ramai lulus Aras Empat sebelum SBPA diperkenalkan dan tidak dapat kenaikan gaji. “Justeru, saya berharap ia dilaksanakan kerana dari segi perundangan, mereka perlu dibayar,” katanya.

– Harian Metro 23.02.2012

*****************************************************************************

Wah…. kalu sebelum ni kenaikan dalam RM80.00 – RM320.00, kali ni CUEPECS minta naik sebanyak RM700.00 – RM 2,500.00 pula?? Adehhhhhhh…………. pening pala la…

Apa-apa pun kita tunggu la KEPUTUSAN nya… adakah RENDAH atau TINGGI? hehehe

2 thoughts on “Naikkan gaji dulu – CUEPACS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s