[TIPS] Pilih tempat duduk yang sesuai untuk anak anda

[TIPS] Pilih tempat duduk yang sesuai untuk anak anda

Masa pergi PETRONAS SMARTSTREET tu, sempat la jug amembaca beberapa tips… jadi apa salahnya kita berkognsi kan??

Pilih tempat duduk yang sesuai untuk anak anda :

panduan

 

1) Kapsul Bayi

kapsul bayi

  • Kapsul ini pula diletakkan menghadap ke belakang dan dipasangkan di tempat duduk belakang menggunakan tali pinggang keledar. Kerusi jenis ini adalah untuk bayi yang baru lahir hingga lebih  kurang sembilan bulan yang berat badannya adalah lebih kurang dua kilogram hingga lapan kilogram.

 

2) Tempat duduk kanak-kanak

tempat duduk kanak-kanak

  • Kerusi ini diletakkan menghadap ke hadapan dan mesti dipasang di tempat duduk belakang menggunakan tali keledar di dalam kereta. Kerusi ini digunakan oleh kanak-kanak yang berumur lebih kurang setahun hingga empat tahun dan berat badan kanak-kanak tersebut adalah lebih kurang lapan hingga 12 kilogram.

 

3) Booster

booster seat

  • Kerusi ini diletakkan menghadap ke hadapan dan mesti dipasang di tempat duduk belakang menggunakan tali keledar di dalam kereta. Kerusi ini digunakan oleh kanak-kanak yang berumur lebih kurang empat hingga enam tahun yang mempunyai berat badan antara 12 hingga 20 kilogram.

 

4) Tali Pinggang Keledar @ Tali Riba

tali pinggan keledar

  • Tali pinggang keledar mesti dipakai dengan betul supaya alat pengekang ini boleh berfungsi dengan berkesan pada waktu kecemasan. Tali pinggang keledar mestilah dipakai merentasi dada dan pinggul bagi meningkatkan keselamatan penumpang.
  • Tali riba – Alat pengekang ini digunakan di bahagian tengah tempat duduk belakang. Tali keledar riba digunakan merentasi bahagian pinggang dan boleh diketat atau dilonggarkan mengikut kesesuaian dan keselesaan seperti tali pinggang keledar.

Jadi utamakan keselamatan anak-anak.. pandu selamat jiwa pun selamat kan.

Ohw.. nampaknya selepas ini, Huzaiman tak leh la letak kat tempat duduk depan.. kene letak kat tempat duduk belakang.. selama ni g letak kat depan pas tu mengadap cermin lagi..huhuhuh….

6 thoughts on “[TIPS] Pilih tempat duduk yang sesuai untuk anak anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s